168,800 Angka Pengganguran Tidak Semua Dari Kerajaan GRS, UMNO Lahad Datu Kenalah Cerdik Sikit

Penyakit macai Warisan yang suka mengada-ngada dan kuat membohong kini ada pada pemimpin-pemimpin dan macai UMNO. Kah penyakit membohong dan mengada-ngada ni sebenarnya diasaskan oleh UMNO?

UMNO dan Warisan kini bekerjasama.

Padanan yang padu, maklumlah bila dua penjahat bekerjasama. Pasti kuat tapi tidak menakutkan kerana siri penyelewengan dan pembohongan mereka. Hahaha.

UMNO dari konteks Sabah sudah berulang kali terbukti membohongi rakyat Sabah. Terutamanya berkaitan perjanjian Malaysia 1963 yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO seperti Bung Mokhtar setiap kali pilihan raya negeri di Sabah.

Pasti masih ramai yang ingat janji manis Bung Mokhtar pasal perjanjian Malaysia 1963 ketika berkempen di pilihan raya kecil Kimanis. Dimana dia akan menunaikan segala dalam perjanjian Malaysia 1963 tapi sehingga hari ini habuk pun tidak ada.

Sebaliknya setelah kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan. PN masa itu, kini GRS pula yang memperjuangkan elemen dalam perjanjian Malaysia 1963. Sedangkan Bung yang berjanji hanya sibuk mencari kuasa untuk melepaskan dirinya dari tuduhan rasuah di Mahkamah.

Berdekad UMNO mentadbir Sabah dari pusat. Apa jadi pada Sabah? bak kata pemimpin Warisan Aziz Jamman UMNO ni perompak kekayaan Sabah sebab itulah Sabah miskin sehingga hari ini.

Artikel ini menyentuh kritikan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu. Dia melemparkan tuduhan berdasarkan sumber dari Kementerian Sumber Manusia yang tidak diambil sepenuhnya. Jelas  bertujuan untuk memburukkan kerajaan GRS semata mata yang akhirnya tidak berasas.

Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu mendakwa Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi seramai 168,800 orang. Itu menyebabkan mereka kononnya terkilan.

Terkilan apanya Kementerian Sumber Manusia juga menyatakan. Kadar peratusan pengganguran di Sabah menunjukkan penurunan berbanding 9.1 peratus pada suku pertama tahun 2022 berikutan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19.

Bung Mokhtar selaku Timbalan Ketua pada ketika itu, apa jalan penyelesaian yang dia telah syorkan dan berapa peratus pula pencapaiannya. Sudah tentu kosong!

Tidak dinafikan angka itu memang benar tapi ada tapinya. Sebenarnya jumlah 168,800 setelah dicampur dengan jumlah pengangguran semasa kerajaan Warisan.

Semasa kerajaan Warisan mereka berjaya menyediakan pengangguran sehingga 5.8% bermakna waktu itu lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Jadi kamu tolak konok 117,000 – 168,800 = 51,800. Bererti pertambahan hanya lebih kurang 51 ribu.

Pun begitu menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Masidi. Kerajaan GRS berjaya mengurangkannya dari 8% tahun lalu kepada 7.5% suku penggal kedua tahun ini.

Sepatutnya jumlah 168,800 tidak wujud sekiranya rakyat Sabah bersedia mengisi peluang pekerjaan dalam sektor perladangan. Untuk makluman 50% industri di Sabah bergantung kepada buruh asing. Ertinya peluang pekerjaan sebanyak 50% akan diisi oleh pekerja asing.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading