Xavier Dedah Shafie Main Dua Kolam Dan Hipokrit

Nah dakwaan bohong dan fitnah macai Warisan ke atas GRS untuk kesekian kalinya terkantoi sekaligus mendedahkan siapa sebenarnya yang bermain dua kolam.

Baru baru ini pihak Warisan mendakwa kononnya GRS main dua kolam dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Sampaikan saya terpaksa berhubung dengan seseorang bagi mendapatkan kesahihan tuduhan berkenaan. Ternyata ia hanyalah cerita dogeng pihak Warisan.

Mungkin tujuan Warisan menyebarkan cerita dongeng itu untuk menjustifikasi sekiranya tidak lagi menyokong Anwar Ibrahim di kemudian hari sebagai Perdana Menteri Malaysia. Siapa tahu langkah Kinabalu berulang di peringkat Persekutuan?

Namun benar tetap benar, TERBONGKAR siapa selama ini yang main dua kolam terjawab dengan sendirinya. Bila mana Xavier Jaya Kumar bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli era kerajaan PH membongkar kejadian selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 dan mencari penggantinya. Nah kamu tonton video dibawah, ini bukan fitnah atau mengada-ngada macam tuduhan tuduhan yang sering dilemparkan oleh pihak Warisan.

Rupanya waktu itu Shafie Apdal tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menyebabkan Muhyiddin mendapat sokongan UMNO dan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Padan pun sehingga hari ini Anwar Ibrahim tidak mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal. Walhal sampai mendabik dada bha bahwa dialah orang pertama yang menyokong kerajaan perpaduan atau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Politik Shafie Apdal aka parti Warisan memang begitu lain di hati lain di cakap. Lihat saja kehipokritan laskar Warisan, bila sudah kantoi membohong mulalah berlagak budiman seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Tapi tidak apa, rakyat Sabah sedar juga yang kecoh bercakap pasal politik Warisan adalah sebenarnya macai itu itu juga.

Dulu Shafie lantang mengangkat propaganda Sabah Ubah dan tolak Malaya. Maka pemimpin dan macai Warisan pun beriya iya menolak parti parti dari Malaya tapi hari ini apa terjadi? Shafie mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Kerajaan Perpaduan dan bersekongkol dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan negeri GRS. Bertanding di Malaya semasa Pilihan raya umum 2022 ini juga bukti pembohongan Warisan berdasarkan agenda Sabah Ubah dan tolak Malaya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading