
Jangan lagi ada yang terpedaya pada dakyah pembangkang kononnya Warisan parti tempatan sebab itulah bertanding solo. Macam konok GPS di Sarawak, sedangkan Warisan tidak ada asas seperti mana PGRS.
Mari kita lihat beberapa fakta kenapa parti Warisan tidak layak diangkut sebagai parti tempatan dan kenapa Shafie mengambil keputusan bertanding solo pada pilihan raya negeri Sabah akan datang.
GPS adalah singkatan Gabungan Parti Sarawak itu bererti calon GPS pada pilihan raya, terdiri dari pelbagai parti. Sama nanti dengan GRS tidak dipanggil bertanding solo sebaliknya saling bekerjasama dalam Gabungan parti.
Walaupun sebelum ini kita tahu telah beberapa kali pihak Warisan cuba menjalin kerjasama dengan PBS dan STAR. Namun ditolak oleh kepimpinan PBS dan STAR atau kepimpinan GRS secara keseluruhannya.
Dengan UMNO pun Shafie cuba menjalin kerjasama. Terbukti apa yang dipanggil Langkah Kinabalu iaitu kerjasama Shafie Apdal dan Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dalam rangka merampas jawatan Ketua Menteri daripada Datuk Hajiji Noor.
Bila tidak ada parti yang sudi berkawan dengan Shafie atau parti Warisan, Shafie tidak ada jalan lain, terpaksa bertanding solo.
Itulah alasan yang sebenar benarnya, kenapa parti Warisan bertanding solo. Bukan bertanding solo sebab faktor parti tempatan.
Sejak dari dulu lagi, sebenarnya Warisan bukan parti tempatan pure.
Sebelum pilihan raya Sabah 2018. Warisan dijenamakan sebagai parti tempatan yang menolak kerjasama dengan mana mana parti dari Malaya. Pendirian itu tidak hanya dicanang oleh jentera Warisan tapi diucapkan sendiri oleh Shafie Apdal selaku Presiden parti Warisan.
Tapi selepas pilihan raya. Kerajaan negeri Warisan dibentuk bersama PH dan beberapa wakil rakyat BN yang berjaya diracun oleh Shafie Apdal.
Pada pilihan raya raya 2020 sekali lagi laskar Warisan mendendangkan propaganda sama. Mereka lupa DAP parti dari Semenanjung dan bertanding menggunakan logo parti Warisan. Namun kerjasama mereka tidak bertahan bila Shafie mengkhianati DAP dari belakang.
Tahun 2025 sekali lagi Warisan mainkan propaganda sama, kononnya Warisan parti tempatan. Pui!
Pada pilihan raya Parlimen 2022, parti Warisan ikut bertanding di Semenanjung dan sehingga hari ini masih ada Bahagian Bahagian Warisan di sana.
Kalau menurut Dr Mahathir, Shafie Apdal bukan pure orang Sabah pun. Sebab isterinya orang Kedah, Semenanjung dan tiada anak anaknya yang berkahwin dengan orang Sabah. Jadi dari segi mana Shafie benar benar layak dan boleh dipercayai memperjuangkan bangsa dan negeri Sabah.
Satu lagi, kalau ada yang belum tahu cerita sebenar. Shafie Apdal bukan founder parti Warisan. Sebelum dibeli oleh Shafie parti Warisan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS) ditubuhkan pada 2013.
Pada tahun 2016, namanya diubah, perkataan Pembangunan dibuang jadilah Parti Warisan Sabah.
Sekarang nampak sudah kan, kalau dakwaan Warisan parti tempatan hanyalah taktik memperdaya rakyat Sabah khususnya orang kampung.
Jadi orang kampung wajib ingat, kegagalan kepimpinan Shafie tidak hanya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, tapi juga gagal membela nasib masyarakat luar bandar sewaktu berjawatan Menteri KKLW.
Jangan lupa kemelut, mencari pengganti Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri era kerajaan PH.
Ketika itu Shafie menolak nama Anwar Ibrahim bagi menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tapi bila Warisan hanya mendapat tiga kerusi parlimen pada pilihan raya 2022. Shafie mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sudahlah bukan parti tempatan, main dua kolam lagi.

Nah dakwaan bohong dan fitnah macai Warisan ke atas GRS untuk kesekian kalinya terkantoi sekaligus mendedahkan siapa sebenarnya yang bermain dua kolam. Baru baru ini pihak Warisan mendakwa kononnya GRS main dua kolam dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sampaikan saya terpaksa berhubung dengan seseorang bagi mendapatkan kesahihan […]
Xavier Dedah Shafie Main Dua Kolam Dan Hipokrit
Jangan kamu percaya memang.





















