Laporan Australia Tidak Ada Unsur Sabotaj Tragedy Double Six

Baru baru ini kerajaan Malaysia mendedahkan laporan hasil siasatan pesawat nomad (Double Six) yang terhempas pada 1976.

Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti ada sabotaj yang menyebabkan pesawat double six terhempas, hingga meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain. Sebaliknya berlaku error yang dilakukan oleh pilot akibat tidak sihat atau penat.

Namun ada keluarga mangsa yang tidak berpuas hati. Berpendapat jika itu hasilnya kenapa selama ini dirahsiakan, tidak di dedahkan sejak dari dulu. Oleh itu mereka minta dan hanya berpuas hati jika pihak Australia yang mendedahkan siasatan mereka.

Kelmarin Australia High Commission telah mengeluarkan hasil siasatan kepada umum, di dapati tidak ada unsur penganiayaan ke atas pesawat terhempas double six. Dibawah suntingan artikel yang saya petik dari portal Daily Express.

Nampaknya pendedahan Australia ini telah mengecewakan pembangkang ini kerana komen mereka ke atas permintaan keluarga mangsa semacam mencari populariti tapi tidak membuahkan hasil dan itu menunjukkan politik Warisan tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Berbeza dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sangat menghargai dan menyatakan apa adanya selaku pemerintah. Apa lagi pemimpin Sabah, Ewon Benedict dan Datuk Armizan yang berbincang dengan Peguam Negara agar menarik balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan laporan di dedahkan kepada umum.

Datuk Hajiji Noor menyatakan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia telah menjawab persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya kepada masyarakat Sabah.


KOTA KINABALU: Penemuan rasmi Australia ke dalam nahas Nomad yang meragut nyawa bekas Ketua Menteri Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain juga tidak menemui sebarang petunjuk sabotaj, seperti yang dilaporkan oleh rakan sejawatan mereka di Malaysia sebelum ini. Bagaimanapun, ia mengetengahkan isu mengenai juruterbang, yang telah mengadu kepada rakan sekerja bahawa dia letih dan sakit perut sebelum penerbangan maut itu.

Ia juga melaporkan kerusi pembantu juruterbang diduduki oleh seorang penumpang dan Sabah Air telah beroperasi secara haram pada masa itu kerana draf manual operasinya tidak pernah diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (CAD) menjelang akhir tahun 1975.

Laporan itu berkata sayap kanan pesawat  jatuh seketika dan naik ke kedudukan yang sama, selepas itu ia memasuki putaran dan kehilangan ketinggian dan terhempas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: