Lapor Polis Lori Lebih Muatan Supaya Jalan Sabah Tidak Rosak Teruk

Penyebab jalan rosak di Sabah ialah angkara lori besar yang membawa lebih muatan, ironinya mereka terdiri dari penyokong tegar parti politik. Tidak semua tetapi kalau ada yang memviralkan video jalan rosak sambil menyanyi ah mereka lah tu.

Puak ini yang paling kuat mengada ngada atau memviralkan jalan rosak di Sabah.

Golongan seperti itu kalau tinggal di negara jiran sudah lama ahli keluarga mereka di siasat pihak Polis kerana disyaki cuba mengujudkan suasana yang tidak harmoni dikalangan masyarakat. Iyalah mereka yang merosakkan harta awam, mereka pula yang berlagak seolah olah prihatin.

Mereka rajin merakam video dan menyebarkannya. Lalu disambut oleh pencacai Warisan sebagai modal bagi menghentam kerajaan GRS. Sedangkan mereka yang merosakkannya dan yang menghentikan projek jalan raya atau Pan Borneo di Sabah ialah kerajaan Warisan. So tentang mana kritikan golongan Warisan boleh dipertimbangkan?

Antara yang mereka rakam dan viralkan ialah keadaan jalan raya di Telupid kalau tidak silap, sambil menyanyikan lagu seperti berjalan di bulan.

Bulan tengkorak mereka, orang lain juga membayar cukai jalan tapi steady saja melalui jalan yang mereka rosakkan.

Kalau kamu nampak keadaan jalan raya utama dari Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu mengalami kerosakan, sumbangan merekalah tu.

So kamu sebagai rakyat Sabah, lain kali kalau nampak video seperti itu, kamu buat laporan Polis supaya siasatan dapat dijalankan dan muatan mereka dapat dipantau secara konsisten. Jangan pula kamu ikut terpengaruh dan menyebarkan pembohongan mereka.

Kamu tengok di Semenanjung pemandu lori yang membawa lebih muatan dilaporkan ke pihak yang berwajib hingga didakwa di mahkamah. Hasilnya keadaan jalan raya utama di Semenanjung sentiasa terjaga dan selesa semasa memandu.

Dibawah gambar jalan raya yang sedang dibaiki dari Lahad Datu menuju Kota Kinabalu.

Kamu tengok bagaimana jalan itu dibaiki bukannya setakat ditutup dengan bahan aspal tapi di korek dan dibaiki sebelum di aspal. Ini baru satu bahagian, sebab saya tidak sempat ambil gambar pembaikan melibatkan tanah mendap dan sebagainya.

Itu semua sengaja tidak diakui oleh laskar Warisan, seolah olah tidak ada perubahan, mereka ingat masih kerajaan Warisan yang gagal, ini kerajaan GRS lah.

#Sabah Maju Jaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: