25 Pertuduhan 1MDB, 1 Lepas, Masih Pai Ulung, Esok Belum Raya

Tujuan artikel ini di tulis adalah bagi menyatakan apa yang benar sedang berlaku. Tidak bertujuan untuk memanipulasi kebenaran sekaligus untuk mengelirukan rakyat seperti yang dilakukan oleh Cybertrooper dan pemimpin UMNO.

Baca saja tajuk besar mereka. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bebaskan Najib Razak berhubung kes 1MDB. Seolah-olah esok sudah raya Aidilfitri, begitu seronok mereka meraikan kejayaan. Alahai!

Golongan terdesak itu sedar, mereka berada di pihak yang salah dan mereka juga sedar berita Mahkamah Tinggi melepaskan Najib dari tuduhan mengubah laporan audit hanyalah sebahagian kecil dari tuduhan penyelewengan dalam skandal 1MDB. Jauh sekali akan membebaskan Najib Razak dari hukuman penjara yang sedang di jalani.

Ertinya tujuan UMNO menyebarkan berita Najib dibebaskan dari tuduhan mengubah laporan audit adalah untuk memanipulasi atau cuba mengubah pendirian rakyat ke atas kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Itu bha tujuan mereka, bukannya mencari kebenaran sebagaimana membongkar penganiayaan.

Perlu dimaklumi Najib menghadapi dua tuduhan penyelewengan berasingan. 25 pertuduhan berkaitan 1MDB dan 7 pertuduhan lagi membabitkan SRC International Sdn Bhd iaitu anak syarikat 1MDB itu sendiri.

Kita sedia maklum dalam skandal SRC, Najib telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan sehingga hari ini Najib masih berada dalam penjara Sungai Buloh.

Semalam Mahkamah Tinggi membebaskan Najib 1 dari 25 pertuduhan rasuah berkaitan skandal 1MDB.  Ertinya ada lagi 24 pertuduhan. Rosmah pula masih berhadapan dengan 17 pertuduhan dalam skandal 1MDB.

Sebelum kita melebarkan cerita ini, mari kita imbas balik reaksi penyokong UMNO, semasa keputusan mahkamah persekutuan mendapati Najib bersalah dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun. Begitu marah mereka pada sistem kehakiman dan mendakwa Hakim Nazlan atau Maimunah telah disuap oleh kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu.

Dan mendakwa pihak Mahkamah tidak memberikan masa atau tempoh yang secukupnya kepada Najib Razak sebab itulah Najib didapati bersalah oleh Mahkamah. Dakwaan ini juga disuaraan oleh Peguam Peguam Najib Razak seperti Shafee Abdullah, Nazri dan yang lain.

Hakikatnya rakyat Malaysia menyedari perbicaraan Najib berkaitan skandal SRC adalah rekod perbicaraan yang paling panjang di Malaysia. Tapi peguam dan penyokong UMNO menyuarakan yang sebaliknya.

Maka berjalanlah proses rayuan bagi mengenepikan keputusan mahkamah Persekutuan yang mendapati Najib bersalah dalam skandal SRC.

Namun demikian Timbalan Peguam Pendakwa Raya Kanan, Sithambaram. Mempersoalkan kenapa Najib hanya menukar peguam di saat akhir yakni sebelum rayuan akhir di dengar pada 16 Ogos 2022.

Sithambaram berkata, Najib memberikan alasan bahawa beliau menukar peguam kerana mahukan perspektif baharu dalam rayuan akhirnya, bagaimanapun apa yang dihujahkan ketika itu hanya dakwaan semata-mata terhadap hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kesnya.

Walaupun tertuduh ada hak untuk memilih peguam, peguam yang dipilih pula hendaklah bersedia dan sanggup untuk mewakilinya pada hari yang sudah ditetapkan… dan bukannya dengan menukar peguam yang tidak bersedia kerana ia akan ‘membuka pintu’ kepada semua orang selepas ini untuk membuat perkara sama.

“Mereka berusaha untuk menukar haluan di pertengahan kes dan menukar peguam ketika rayuan akhir akan didengar…Alasan bahawa tempoh empat bulan tidak mencukupi untuk membuat persediaan, bukan satu alasan, ini mengganggu proses keadilan,” katanya.

Kesimpulannya rayuan Najib Razak untuk mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta hanyalah bersifat politik semata-mata. Ini kerana menurut Sithambaram dakwaan terhadap hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hanyalah dakwaan semata mata, iaitu tidak mampu dibuktikan. Dalam erti kata lain sememangnya dakwaan Najib Razak tidak diberikan cukup tempoh dalam perbicaraannya hanyalah dakwaan kosong yang tidak disokong oleh apa apa bukti atau kenyataan dari pihak lain.

Berbalik pada ini, hakikatnya Najib Razak berhadapan dengan 25 pertuduhan penyelewengan dalam skandal 1MDB, yang lepas semalam tu baru satu. Itupun tidak bermakna laporan audit berkenaan tidak mencatatkan sebarang penyelewengan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: