Memang Orang Sabah Ingin Kuburkan UMNO

Boleh lagi Bung Mokhtar bercakap politik dan wang ya.

Boleh lagi bercakap soal prinsip perjuangan walaupun sebab utama hari ini rakyat Malaysia menolak UMNO adalah kerana kepimpinan UMNO yang tidak menghormati prinsip parti atau apa yang telah diputuskan oleh ahli dan kepimpinan parti dalam perhimpunan Agung UMNO.

Selain sudah tentu pengkhianatan mereka pada kepercayaan rakyat bila Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri waktu itu dihadapkan ke Mahkamah kerana penyelewengan. Begitu juga dengan Bung Mokhtar selaku Ketua UMNO Sabah dibicarakan kerana skandal FELCRA dan belum pun sepenggal sebagai Timbalan Ketua Menteri sudah pun dikaitkan dengan dana 80 juta.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam perhimpunan Agung UMNO 2022 berjanji dan menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PH. Ketegasan atau Presiden UMNO itu diperkuatkan dengan kenyataan Setiausaha UMNO, Ahmad Maslan bahawa apa yang dilafazkan oleh Zahid Hamidi itu adalah benar, diperkukuhkan lagi dengan lafaz sumpah mereka.

Tapi apa berlaku selepas pilihan raya umum 2022, UMNO (BN) yang kalah teruk dengan hanya mendapat 26 kerusi dari 2222, tiba tiba bekerjasama dengan PH dan Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mana sudah prinsip sebagai pemimpin UMNO, No Anwar, No DAP?

Baru saja berakhir konspirasi UMNO dan Warisan untuk merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS. Walhal satu dunia maklum UMNO dan Warisan adalah seteru utama, ibarat kucing dan tikus.

Bila berbalas hujah di media sosial terkeluar segala isu termasuk perkauman yang dibangkitkan oleh kedua belah pihak, pihak Warisan dengan agenda Sabah Ubah menolak kehadiran orang orang dari Semenanjung. Pihak UMNO pula mengungkit yang Shafie itu bukan siapa siapa tanpa UMNO yang menjadikannya Menteri dan Naib Presiden UMNO Malaysia, dari sini dia mengaut kekayaan untuk diri, kerabat dan kroninya.

Tapi baru baru ini mereka bersekongkol cuba merampas kuasa dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Dimana sudah agenda Warisan menolak UMNO atau Malaya kerana terkenal rasuah dan sebagainya. Apa lagi bersekongkol dengan Bung yang sedang dibicarakan di Mahkamah.

Apa punya tamak kuasa, Warisan terdesak ingin sebagai Ketua Menteri melalui sokongan Bung. Bung pula terdesak kerana perbicaraan yang dia hadapi, dengan harapan Shafie akan menggugurkan kesnya. Begitukah?

Astaga Bung ingat rakyat Sabah ni buta huruf kah, tidak tahu perbicaraan di Mahkamah yang dia hadapi. Justeru sepatutnya mustahil bagi Bung Mokhtar membangkitkan ringgit dan perjuangan. Memandangkan Bung atau UMNO sudah di cop sebagai pemimpin yang tidak amanah di Mahkamah.

Bung Mokhtar sebentar tadi menyatakan bahwa ada usaha menguburkan UMNO di Sabah. Mari saya jawab, jadi tidak perlulah Bung buat buat tidak tahu.

Sememangnya orang Sabah berazam ingin menguburkan UMNO Sabah dengan apa cara sekalipun. Apa lagi UMNO atau Bung sedikit pun tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri, yang UMNO Sabah tau hanya goyang telur dan tamak. So tidak perlu UMNO berada di Sabah, buat semak jak.

Orang Semenanjung sudah buang UMNO tak pula orang Sabah yang terhegeh-hegeh.

Orang Sarawak sudah lama mengharamkan UMNO di sana.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: