Nazlan Yang Menjatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun Ke Atas Najib Dibebaskan Dari Tuduhan Rasuah dan Konflik Kepentingan

Hakim Mohd Nazlan Ghazali yang disiasat oleh SPRM atas tuduhan rasuah dan konflik kepentingan semasa menghakimi skandal SRC melibatkan Najib Razak dibebaskan dari semua tuduhan di atas oleh SPRM. Begitu keterangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Dewan Negara semalam. Nazlan, adalah hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib pada 2020 berhubung... Continue Reading →

Ketua Pemuda UMNO Cadang Tubuh RCI Untuk Najib

Ini kah pemimpin UMNO yang diharapkan membuat perubahan? macam pemikiran pakcik makcik kedai kopi saja ni. Pemikiran yang songsang tapi wajar dijadikan contoh jika pihak yang anda sokong berhadapan dengan isu yang sama. Bukannya negara ini milik mereka pun UMNO saja yang pandai pandai mengangkat diri mereka sebagai parti keramat orang Melayu. Parti keramat apa... Continue Reading →

Hari Ini Najib Dibebaskan? Tidak!

Adakah Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun akan dibebaskan hari ini? Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 oleh Mahkamah Persekutuan setelah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi sebelum Mahkamah Persekutuan. Hari ini Mahkamah Persekutuan akan menyemak permohonan rayuan akhir... Continue Reading →

25 Pertuduhan 1MDB, 1 Lepas, Masih Pai Ulung, Esok Belum Raya

Tujuan artikel ini di tulis adalah bagi menyatakan apa yang benar sedang berlaku. Tidak bertujuan untuk memanipulasi kebenaran sekaligus untuk mengelirukan rakyat seperti yang dilakukan oleh Cybertrooper dan pemimpin UMNO. Baca saja tajuk besar mereka. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bebaskan Najib Razak berhubung kes 1MDB. Seolah-olah esok sudah raya Aidilfitri, begitu seronok mereka meraikan kejayaan.... Continue Reading →

Sumpah Mubahalah Najib, Tidak Sebut SRC Tapi CSRC

Pada 21 Ogos 2022 Najib bersumpah mubahalah di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bagi membuktikan dia tidak bersalah berhubung skandal SRC iaitu anak syarikat 1MDB. Ketika itu dia sedang berhadapan dengan perbicaraan akhir skandal SRC di Mahkamah Persekutuan. Dia bersumpah atas nama Allah bahwa dia tidak mengetahui wang RM42 juta masuk ke akaun peribadinya. Memusykilkan... Continue Reading →

Najib Datang Pelanggan Lari, Tauke Tutup Kedai

Alamak apa cerita ni. Pengundi PRN Melaka bersepah lari bila nampak bosku. Dengar khabar, berdasarkan video yang tular. Najib Razak ketika cuba berkunjung ke salah satu gerai atau restoran di Pantai Siring, Melaka. Yang sebenarnya bertujuan untuk berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Melaka 2021. Namun tidak dihargai. Dimana semua pelanggan yang ada dalam restoran pada... Continue Reading →

Perabot Seri Perdana Najib keluarkan, Muhyiddin Tidak Pernah Tinggal Sana

Bukan hanya perabot lama dikeluarkan dari rumah rasmi Perdana Menteri oleh Najib. Tetapi mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pernah tinggal disana. Pembaikan yang dibuat pun selepas menerima laporan kerosakan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada ketika itu. Begitu antara pencerahan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Muhyiddin, susulan berita yang tersebar berkenaan pembaikan rasmi... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑