Kawan share satu artikel pasal Warisan yang sedang menguburkan dirinya akibat tidak lagi yakin percaya pada perjuangan Presiden Warisan.
Kemungkinan besar akan ada lagi Adun Warisan yang meninggalkan parti kerana menyokong kepimpinan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, tidak mustahil. Itu laskar Warisan yang berkata macam macam pasal perjuangan, mereka tahu apa. Maksud politik yang sebenarnya pun mereka tidak tahu.
Ini susulan tiga Adun iaitu Adun Kunak, Kudat dan Tanjong Kapor sebelum ini yang bertindak keluar parti dan menyokong Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Walaupun mereka kata akan berdiri sebagai Adun Bebas selepas meninggalkan Warisan tapi pada hakikatnya mereka kini berada dalam rumah baru GR atau GRS.
Adun Merotai antara individu yang disebut sejak dari dulu akan meninggalkan Parti Warisan tapi orang lain yang bertindak cerdik dengan keluar parti.
Kalau bukan Adun Merotai pasti orang lain, siapa mereka saya pun tidak tahu, walaupun Adun Senallang juga di sebut sebut. 😂
Sehingga kini Si Merotai masih bersama Warisan. Bungkus kain dan keluarlah dari Warisan tu, jangan terlalu lambat. Jangan berfikiran yang bukan bukan seperti perasaan bersalah atau malu. Ingat, ini adalah dunia politik, tidak ada yang kekal kerana kesetiaan itu hanya bila masing-masing ada kepentingan baik terhadap diri mahukan orang lain atau masyarakat.
Kalau alasannya hanya kerana Shafie telah melantiknya sebagai Menteri sebab itu teragak agak untuk meninggalkan Warisan, nah dialah wakil rakyat Warisan yang paling buta dan terlalu mementingkan diri, namun pada hakikatnya rugi.
Rugi bukan hanya pada dirinya tetapi juga merugikan masyarakat di DUN Merotai yang akan terpinggir atau dipinggirkan sekaligus menjadi mangsa keadaan.
Kamu fikirlah sendiri apa yang saya maksudkan dengan menjadi mangsa keadaan.
Susulan tiga Adun yang keluar parti, askar Warisan ligat menyebarkan tuduhan fitnah kononnya sebab tiga Adun berkenaan meninggalkan Warisan kerna kereta Ninja mereka ada gantungan dua bulan.
Tuduhan yang bertujuan mengaibkan dan tidak relevan. Kenapa pemimpin dan penyokong Warisan hanya melihat dari sudut parti Warisan yang patut disetiakan, bagaimana dengan pengundi dan wakil rakyat Warisan yang selama ini memperjuangkan parti hingga Warisan mendapat beberapa kerusi tapi kedudukan mereka baik sebagai masyarakat dan wakil rakyat tidak menguntungkan mereka.
Bukan kah dalam parti politik masyarakat lah yang lebih penting dibandingkan parti?
Cakap banyak pun tidak ada guna, jika benar dakwaan itu sebaiknya pemimpin dan askar Warisan membuat laporan SPRM atau Polis supaya siasatan dapat dijalankan dan Adun serta pihak yang terbabit dapat hadapkan ke Mahkamah.
Perlu diingat dulu iaitu semasa Warisan menjadi kerajaan. Mereka juga mendakwa kononnya ada pihak yang cuba menawarkan sejumlah wang kepada Adun Warisan supaya meninggalkan Parti. Tapi bila SPRM memanggil salah seorang daripada mereka untuk mendapatkan kepastian, tidak pula mampu membuktikan dakwaan mereka. Sampai selepas itu SPRM menggesa supaya jika benar dakwaan mereka, agar tampil membuat laporan rasmi.
Setakat menuduh tanpa bukti siapapun boleh buat.
Sebenarnya antara sebab utama 3 Adun baru baru ini meninggalkan Warisan adalah kerana tidak lagi percaya pada perjuangan Warisan aka Shafie Apdal.
Langkah Kinabalu baru baru ini yang cuba merampas kuasa dari kerajaan GRS adalah bukti kenapa Warisan tidak lagi berada diatas landasan perjuangan Sabah Ubah.
Sabah Ubah bererti menghina pemimpin UMNO kerana didakwa telah memiskinkan Sabah. Selain menuduh UMNO sebagai wakil bangsa Melayu telah mencuri kekayaan bumi Sabah.
Merendahkan UMNO melalui melalui slogan Sabah Ubah adalah modal terbesar Warisan dan yang paling berkesan.
Tapi Langkah Kinabalu telah membongkar semua pembohongan Warisan bila mana bekerjasama dengan parti UMNO. 👎