Ahli Parlimen Kota Belud si Munirah minta atau menuntut kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak mengurangkan peruntukan ahli Parlimen.
Amboi bila mengena batang hidung sendiri pandai pula menuntut keadilan dan mengaitkannya dengan kebajikan dan kemajuan rakyat.
Sedangkan sewaktu menjadi kerajaan negeri, Warisan tidak berlaku adil kepada Adun dan Ahli Parlimen yang diwakili oleh pembangkang.
Tidak dinafikan mengurangkan peruntukan Parlimen kurang wajar namun begitu pendapat pemerintah juga perlu di dengar dan dipertimbangkan.
Tidak boleh semua perkara dipolitikkan hingga akhirnya merugikan masyarakat itu sendiri. Apa lagi jika yang mempolitikkan itu dari kalangan pemimpin Warisan yang cakap tidak serupa bikin.
Semasa kerajaan Warisan mereka menindas DUN dan Parlimen yang diwakili oleh pembangkang dengan tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya, dimana peruntukan disalurkan terus ke Ketua Bahagian Warisan. Wajar, bertanggungjawab dan adilkah? macam orang yang tidak demokratik atau moron adalah!
