Aziz Jamman Lagak Budiman Setelah Kantoi Minta Biasiswa Anak Dari KM Hajiji

Susulan pendedahan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang kerajaan GRS tidak pilih bulu dalam usaha menjaga kebajikan rakyat Sabah walaupun berbeza fahaman politik.

Ketua Menteri merujuk kelulusan biasiswa yang dipohon oleh anak bekas ahli Parlimen, Aziz Jamman sebagai antara bukti keikhlasan kerajaan negeri GRS.

Rupanya Si Aziz Jamman dan isterinya datang berjumpa secara empat mata dengan Ketua Menteri Hajiji. Bagi mendapatkan kelulusan biasiswa dua anak mereka, yang berjumlah lebih dua juta ringgit Malaysia.

Lepas anak disekolahkan menggunakan wang rakyat, sorong lagi menggunakan kuasa politik Warisan menjadi pegawai nombor satu dalam kerajaan. Pengikut Warisan dapat apa? Hasil kebodohan penyokong Warisan juga, sanggup jadi barua asalkan anak bini pemimpin Warisan mengecapi kejayaan palsu. Hidup penyokong Warisan, bodoh piang!

Kalau si Aziz pemimpin kerajaan berkhidmat untuk rakyat, ok lah. Tapi kau hanya tahu menyalahkan kerajaan negeri. Itupun masih lagi menafikan kebaikan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Kau Aziz Jamman ah, kau tiru saya bha dua anak belajar di Universiti tapi saya tidak minta bantuan pendidikan atau biasiswa kerajaan negeri. Tidak tahu pula selepas ini. Barulah boleh cakap besar, kau tu rajin menyalahkan pemerintahan GRS, tapi kerajaan GRS juga yang menanggung pendidikan anakmu.

Begitu juga laskar Warisan boleh dikatakan hari hari menghentam, membohong dan memfitnah kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan kerajaan GRS, termasuk dana pendidikan Sabah.

Kamu ingat manusia pendendam seperti Presiden Warisan terfikir melakukan hal yang sama, membantu musuh sampai jutaan ringgit. Sedangkan kaki palsu baru berapa ringgit pun diungkit di khalayak ramai. 😂

Setelah Ketua Menteri Datuk Hajiji sendiri mendedahkan bantuan yang dia telah berikan kepada pemimpin pembangkang. Wah terus para Warisan lantang menafikannya, itu konon sudah menjadi tanggungjawab Ketua Menteri Sabah. Pui!

Benar kah sudah menjadi tanggungjawab setiap kerajaan negeri, termasuk kerajaan Warisan? mari kita nilai balik agar moron moron itu tidak kufur nikmat.

Semasa kerajaan Warisan, Shafie selaku Ketua Menteri. Jangankan membantu dengan wang ringgit. Mendengar nasihat Adun pro kerajaan pun, Shafie tidak ingin dan menolaknya dengan sombong. Shafie cakap jangan ajar dia tahu apa yang perlu dibuat.

Akibat ego dan kebodohan kerajaan Warisan. Beratus ribu rakyat Sabah tidak menerima bantuan Covid-19 sehinggalah kerajaan Warisan tumbang.

Shafie juga begitu sombong menolak surat sokongan untuk membina semula rumah rumah mangsa kebakaran di Semporna, yang dimajukan oleh penyokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin ketika itu.

Zuraida kata dia tidak ada masalah, cuma minta dulu sokongan dari ketua menteri, Shafie. Nanti Federal sediakan peruntukannya. Tapi Shafie dengan begitu sombong berkata janganlah kamu campur tangan, dia tahu apa yang perlu dibuat. Tapi apa? Sehingga kerajaan Warisan tumbang, satu batang pun tidak kelihatan.

Baca link dibawah sebagai bukti kerajaan Warisan tidak memberi peruntukan kepada Adun pembangkang. Pui!

Namun bila Warisan menjadi pembangkang, mereka menuntut agar Adun pembangkang diberikan peruntukan sama rata. Munafik bukan?

Dalam pada itu laskar Warisan menimbulkan polemik, mereka mohon tidak dapat bantuan biasiswa. Ini jawapannya mangkuk.

Bukan soal layak atau tidak layak bila tidak dapat bantuan biasiswa. Tapi biasiswa juga ada peruntukan yang telah ditetapkan, kalau habis maka habislah. Entah entah sama si Aziz, dapat walaupun tidak layak sebab ibu mereka kerja di Kementerian Kewangan Sabah. Itu saya kata Si Aziz dalam diam mentertawakan badut aka penyokong Warisan dari atas.

Jadi asyik menyalahkan kerajaan tapi ambil cermin dulu, baru meroyan.

One thought on “Aziz Jamman Lagak Budiman Setelah Kantoi Minta Biasiswa Anak Dari KM Hajiji

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading