
Begini pula atitud si Sarifuddin Hata Adun Merotai, Warisan. Jelik, macam hingusan dan tidak berpendidikan. Kalau pun berpendidikan, bermakna ilmu yang dia ada tidak dapat mengubah atitudnya. Benarlah pernyataan bijaksana, akademik semata mata tidak mampu mengubah atitud seseorang.
Nampak sangat kemenangannya sebagai Adun bukan kerana faktor dirinya tapi kerana faktor parti. Kalau begitu, tidak akan bertahan lama sebagai pemimpin atau wakil rakyat. Padan pun takut, walaupun namanya pernah disebut sebut akan meninggalkan Warisan.
Mungkin juga kerana perundingan yang tidak ngam bagi menyiapkan rumahnya yang terbengkalai, sebab itu sehingga hari ini masih bersama Warisan.
Tengok sekali macam pendiam tapi ternyata kaki dengki. Dengki pada Adun Kukusan Rina Jainal yang bertindak cergas meninggalkan parti Warisan dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kini berjawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan.
Bila berjawatan maka sudah tentulah dapat membantu masyarakat yang ada di kawasannya. Tidak seperti wakil rakyat pembangkang Warisan, kononnya hidup berprinsip tapi pada hakikatnya hanya diri dan kerabat mereka yang terbela, sedangkan rakyat dibawah mereka terpinggir dan menjadi mangsa keadaan. Pengikut mereka hanya dikenyangkan dengan harapan semata mata, harapan kononnya Warisan akan menjadi kerajaan. Hahaha!
Jadinya kan pada Adun Merotai, kalau benar ingin memperjuangkan masyarakat di kawasan Merotai, tinggalkan Warisan segera, sebelum benar benar terlambat.
Saya Mantan AJK Bahagian Penaja Parti Warisan P191 Kalabakan tampil untuk menerangkan isu yang YB Sarapuddin Hatta timbulkan dalam FB beliau, baru-baru ini.
Setelah membaca FB YB Pon nama timangan semasa remaja berkenaan, artikal yang YB muat turun bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang penyokong YB Rina. Ternyata jawapan itu dengan sendirinya telah membuka mata kami semua siapa identiti YB sebenarnya.
Sebagai seorang YB yang berpendidikan seharusnya YB menyedari apa kah yang menyebabkan kemelut persengkitaan ini terjadi?
Umumnya semua kita yang mengikuti perkembangan politik negeri Sabah berpendapat kemelut ini dimulakan oleh para penyokong2 parti Warisan, terutama penyokong YB termasuk beberapa adik ipar YB yang tidak berpuas hati dengan tindakan YB Rina keluar meninggalkan Parti Warisan. Mereka dengan ganasnya menghina, mencerca, mengutuk dengan perkataan2 yang sungguh tidak sopan demi mengaibkan YB Rina ke suatu tahap yang di luar kotak pemikiran kita sebagai umat Nabi Mohammad SAW, sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun YB Rina di aibkan sedemikian rupa, namun YB Rina masih terus istiqamah dengan mengambil pendekatan berdiam diri, tidak perlu membalas semua kata2 buruk terhadap dirinya.
Saya langsung tidak menduga yang YB Rina sebagai YB yang saya ibaratkan setahun jagung dalam dunia politik, dapat mengawal dirinya daripada membalas komen2 pedas, menghina dan sinis terhadap nya.
Pendekatan yang YB Rina ambil ini, saya yakin telah dapat menaikan namanya ke satu level yang tinggi dan dia telah menampakan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip2 yang di gariskan dalam ajaran agama untuk kita sentiasa tenang dan bersabar dalam menghadapi ujian2 berbentuk cabaran dan dugaan hidup.
Tindakan YB Rina keluar meninggalkan Parti Warisan dan menyertai Parti Harapan Sabah pimpinan Tan Sri Liew tidak seharusnya di pertikaikan sebab ianya langsung tidak menyalahi perlembagaan negara.
Bagi saya sebagai orang luar berilah YB Rina peluang ruang dan kebebasan untuk membuktikan yang tindakan nya keluar Warisan dan menyokong parti pemerintah pimpinan Datuk Seri Hajiji adalah demi kebaikan Kawasan N70 Kukusan.
Saya benar2 rasa terkilan dengan jawapan yang YB Pon berikan dalam post FB tempoh hari. Sebagai seorang YB yang selama ini kami sangat hormati, tidak seharusnya YB terjerumus dalam kanca perdebatan penyokong tersebut sehingga tanpa YB sedari ramai di antara netizen yang membaca artikal itu berpendapat, yang penglibatan YB dalam isu tersebut bakal memudaratkan karier politik YB sendiri.
Jawapan yang YB Pon beri bagi mempertahankan diri adalah amat keterlaluan dan tidak menampakan yang YB seorang pemimpin yang berwibawa seperti mana yang kami kenal diri YB sebelum ini.
Semasa YB menjadi Pembantu Menteri di era pemerintahan Parti Warisan, rata2 kami berpendapat yang YB bakal menjadi seorang pemimpin yang ada potensi menjadi YB contoh kepada generasi muda yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan yang akan datang.
Saya lihat, ini bukan kali pertama YB Pon sebut nama YB Rina dalam FBnya secara terang dan nada sinis seolah-olah tidak sabar melihat kejatuhan keluarga ipar sendiri. Sedangkan sehingga kini, saya tidak nampak langsung YB Rina sebut nama YB Pon secara terang di FBnya? Dari situ sudah dilihat bagaimana taraf kepimpinan seorang wakil rakyat antara YB Pon dan YB Rina.
Melihat post fb penyokong2 Warisan khususnya ipar2 YB Pon, yang terang2 menyindir YB Rina menampakkan satu praktis Politik yang tidak sihat dan tidak matang langsung dalam Warisan di Kalabakan.
Manakala YB Rina tetap tenang, walaupun banyak tomahan dan tokok tambah fitnah dilemparkan kepadanya. Kita semua tahu adat politik, untuk kita mematikan imej seorang YB dalam bidang ini, adalah dengan memviralkan ‘keburukannya’, tetapi kena ingat kita masih ada akal dan agama.
Dan perbuatan penyokong Warisan di Kalabakan menunjukkan mereka sanggup menjadi apa saja asalkan YB Rina nampak buruk di mata masyarakat.
Mungkin lah penyokong dan YB Pon berpuas hati bila banyak komen2 negatif turut dileparkan kepada YB Rina, gambar katak di repost ribuan kali, tapi siapa yang post? Adakah benar2 rakyat yang post atau hanya di kalangan orang2 YB Pon dan penyokong Warisan 1 Sabah saja?
Kita semua ini sudah maju, ada maklumat dari merata-rata, boleh periksa FB hari2, dapat berita sekali, bukan macam dulu hanya bergantung kepada cakap YB dan orang2 YB semata-mata.
Kami juga tahu berfikir dan boleh membezakan antara kritikan yang membina atau kritikan berunsur jahat? Kenapa perlu dijatuhkan pemimpin yang boleh bekerja untuk rakyat?
Memang ya, tindakan YB Rina itu meninggalkan Warisan beri kesan kepada parti YB Bon, tetapi ia beri kesan baik kepada pembangunan di Kukusan sampailah ke kawasan DUN lain.
Harapan kami sebagai rakyat di P191 Kalabakan semoga YB berdua dapat saling maaf memaafkan antara YB berdua yang ada talian kekeluargaan sebagai biras dan lebih penting muhasabah diri sesuai dengan ajaran Agama kita Islam untuk sentiasa menjalin ukuwah dan menjaga tali silaturrahim sesama Insan.
Saya bangga ada YB Pon dan YB Rina menjadi pemimpin dalam kawasan Kalabakan kerana mereka berdua ini memang buat kerja untuk rakyat.
Besarlah harapan kami yang telah menjulang YB berdua sebagai pemimpin, kami dapat memberhentikan segala jenis provakasi dan perdebatan demi kebaikan kita bersama sebagai Warga P191 Kalabakan. Mohon beribu ampun dan maaf kepada YB berdua sekiranya kata2 saya keterlaun.πππππ
Tinggalkan Jawapan