Kerajaan GRS Sabah Tolak Akta Laut 2012 – KM Hajiji

Kerajaan negeri GRS menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika (5.5 kilometer) sahaja dari pantai, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pendirian kerajaan negeri GRS dinyatakan pada mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan perjanjian Malaysia 1963 yang berlangsung di Kuching pada Jumaat semalam.

Akta Laut 2012 dilihat menghalang keupayaan Sabah untuk mengeluarkan undang-undang sendiri ke atas perkara yang melawati tiga batu nautika dari pantai negeri Sabah.

Ini akan menghalang keupayaan negeri dalam isu berkaitan cukai jualan negeri Sabah terutamanya melibatkan produk petroleum dan kuasa pihak berkuasa Sabah dalam isu imigresen.

“Sabah berpendapat bahawa sempadan lautnya hendaklah melebihi 200 batu nautika mengikut Perintah Borneo Utara (Perubahan Sempadan) dalam Majlis 1954,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Pada 23 September 2021, Hajiji pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, berkata, pendirian kerajaan Sabah ialah hak sempadan negeri hendaklah seperti dinyatakan mengikut Perintah Borneo Utara (Perubahan Sempadan) dalam Majlis 1954 yang meliputi pentas benua.

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 di bangunan DUN Sarawak, pada Jumaat, pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof, Hajiji, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: