Bung Tidak Iktiraf Kerajaan Perpaduan Sabah, Astaga Ambil Cermin Oiii!

Astaga kau lah Bung Mokhtar oiii, kenapa perangai mu macam Zahid Hamidi sudah ni. Malah lebih pandai dari Zahid bercakap terbalik walaupun sentiasa di kecam kaw kaw oleh netizen.

Bung Mokhtar tidak mengiktiraf kerajaan perpaduan hanya setelah kerajaan negeri Sabah GRS melantik dua Adun UMNO Sabah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, Shahelmey dan James Ratib sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Hakikatnya kenyataan Bung tidak mengiktiraf kerajaan perpaduan atau tidak setelah GRS melantik dua Adun UMNO adalah dakwaan yang tidak logik. Ini kerna yang membuat onar atau merampas kerajaan GRS dalam kerajaan perpaduan adalah UMNO atau Bung Mokhtar. Tapi gagal setelah tidak dipersetujui oleh beberapa Adun UMNO itu sendiri.

Bukan kah cubaan merampas kerajaan negeri Sabah sekaligus telah menggugat kerajaan perpaduan?

Tambah Bung perlu kononnya diingat kerajaan Perseketuan Perpaduan tidak akan terbentuk jika UMNO tidak menyokong.

Ya ada kebenarannya tapi di Federal, kerajaan perpaduan terbentuk setelah tidak ada parti yang mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya umum yang ke 14 hingga kan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)terpaksa meninggalkan PN. Sedangkan kerajaan GRS Sabah dibentuk sebelum kerajaan perpaduan wujud.

Jadi kalau kita perkirakan apa kaitannya kerajaan GRS dan kerajaan Perpaduan? Habis modal kah Bung?

Oleh kerana itu dua Adun UMNO berkenaan akan dihadapkan ke lembaga disiplin sekaligus di hukum. (Lebih kurang begitulah)

Saya tidak pasti, adakah Bung yang ketinggalan Bas atau kah saya.

Sebelum ini lima Adun UMNO termasuk Shahelmey telah membuat “kenyataan” bahawa mereka sedia dipecat dari parti UMNO. Namun tidak pula dipastikan parti apa yang mereka akan sertai selepas ini.

Ertinya tidak ada apa tindakan yang boleh diambil ke atas mereka.

Sudahlah Bung semua ini kerana kecetekan akalmu, apa kamu ingat jawatan Ketua Menteri Sabah dapat menghentikan perbicaraannya di Mahkamah?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: