PM Anwar Restu Hajiji Sebagai KM Sabah, Bung Kamu Wajib Letak Jawatan

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merestui Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah, selepas cubaan merebut jawatan Ketua Menteri oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin dan Warisan, Shafie Apdal yang gagal. Gagal segagal gagalnya!

Seandainya cubaan dua pemimpin bermasalah itu berjaya, maka terpaksalah dan penuh amarah rakyat Sabah menerima pemimpin yang bermasalah dan sudah pun terbukti gagal sebagai Kerajaan Warisan dan Menteri KKLW, begitu juga dengan Bung Mokhtar gagal sebagai Pengerusi agensi kerajaan dan terbaru gagal sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Bung Moktar khususnya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah apa yang dia telah lakukan terhadap Sabah dan rakyat ini, kemajuan apa yang telah dicapai sekaligus boleh dibanggakan?

Kesimpulannya kan orang tamak selalunya rugi. Kerugian ini telah berlaku terhadap diri Bung Mokhtar dan Adun UMNO yang lain yang cuba merebut kuasa dari kerjaan GRS. Pemimpin seperti ini tidak boleh dipercayai langsung memandangkan walaupun mereka tahu rakyat Sabah sedang bergelut dengan krisis ekonomi rumah tangga yang memerlukan kestabilan kerajaan. Tetapi mereka tidak pedulikan malah mengatur strategi untuk merebut jawatan Ketua Menteri yang sudah pasti akan mengheret rakyat ke gelanggang. Sudah pun begitu, seandainya mereka berjaya maka pastilah kuasa itu akan digunakan untuk kepentingan diri mereka semata-mata, apa lagi pada Bung Mokhtar yang terhadapan dengan tuduhan rasuah di mahkamah. Dimana besar kemungkinannya akan menerima hukuman penjara oleh kerna itulah UMNO Sabah pro Bung dengan cara apapun kuasa harus berada di tangan mereka.

Jadi jawapan atau balasan bagi perbuatan Bung Mokhtar dan rakan-rakannya ialah wajib melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Sabah. Full stop


KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ‘restu’ kepada Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bagaimanapun, Anwar dalam masa sama mahu memberi ruang kepada Hajiji untuk mencari formula yang baik demi kebaikan Sabah.

“Ya, saya beri dia restu, dia adalah Ketua Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, pada tengah malam Selasa.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada malam Selasa.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada malam Selasa.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas hasil pertemuannya dengan Hajiji berikutan kemelut politik yang melanda Sabah ketika ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pandangan yang diberikan daripada rakan pimpinan dari Sabah adalah bagi memastikan kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana kita mahu kerajaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Dan esok satu Rang Undang Undang (RUU) penting untuk kembalikan hak Sabah yang saya usulkan di jemaah menteri dan ini satu perubahan besar dan bagi saya ini satu keutamaan kemudian kita beri ruang untuk Ketua Menteri berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah,” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri yang baru saja selesai mengadakan lawatan rasmi di Indonesia tiba di Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin parti politik di negeri ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik melanda Sabah apabila Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat mengumumkan bahawa UMNO dan BN Sabah menarik semula sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Susulan daripada penarikan sokongan itu menyebabkan kerajaan yang ditubuhkan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergolak apabila Hajiji didakwa sudah tidak mempunyai sokongan daripada sebahagian ADUN.

Bagaimanapun, Hajiji pada Ahad mendakwa bahawa beliau mendapat sokongan dan Akuan Bersumpah (SD) daripada 44 ADUN dan kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: