Kenyataan selanjutnya berhubung tuntutan Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 yang dijalankan oleh kerajaan GRS Sabah.
Kerajaan GRS melalui menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan sedang rancak menuntut elemen dalam perjanjian tersebut.
Sebelum ini dalam perbualan yang sama, menjelaskan bahawa kemungkinannya ramai rakyat Malaysia yang lupa, tentang bagaimana Persekutuan Malaysia terbentuk. Selain melalui perjanjian Malaysia 1963 yang melibatkan tiga Wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya jika tidak maka mustahil Persekutuan Malaysia seperti hari ini.
Namun kenyataan itu sengaja disalah ertikan oleh penyokong Parti Warisan dengan mendakwa sepatutnya kerajaan negeri GRS hanya fokus pada Sabah dan tidak perlu melibatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Hahaha!
Lain pula!
Sedangkan sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal hal berkaitan perjanjian Malaysia 1963 semestinya lah negeri atau Wilayah Wilayah yang terbabit dilibatkan.
Kan bagus, biarlah masing masing mengemukan tuntutan kerana dengan sendirinya hak hak yang telah termaktub perjanjian Malaysia 1963 akan diberikan berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri.
Ibarat kau punya kau ambil saya punya saya ambil bukan sebaliknya orang lain punya pun kau ambil menjadi harta haram.
Kenyataan selanjutnya dari Menteri berkenaan.
Bahwa tuntutan Sabah ke atas perjanjian Malaysia 1963 bukan hanya menjurus kepada pengurusan Oil dan Gas yang telah pun diserahkan pada kerajaan negeri Sabah. Tapi juga ke atas pengurusan tenaga elektrik yang selama ini diurus oleh Tenaga Nasional juga akan dituntut supaya diurus sendiri oleh kerajaan negeri Sabah.
Pokoknya tuntutan Oil dan Gas Sabah sudah berjaya akan datang bekalan tenaga elektrik pula walaupun terpaksa menanggung beban yang berbilion.
Sang sang tut, siapa bekentut, …
Wan mandai, anak udang belayar..
Dur kundur, Sabah yg termundur, sejak, …zaman jalinluin, ….😆😆😆
LikeLike