
Terlampau pula pengampunya penganalisis politik, si Profesor Madya Dr Jeniri Amir.
Jangan kamu ingat hanya kerana seseorang itu ada gelaran Prof maka itu bermakna pemikirannya tidak terjangkau oleh orang biasa atau sangat bijaksana. Tidak semestinya kawan kawan.
Tidak sama sekali, apa lagi kalau dia hanya duduk dalam bilik aircond dan tidak bergaul dengan masyarakat, itu yang membuatnya gagal membaca dan memahami denyut nadi rakyat.
Berapa ramai pandangan golongan ini dipersoalkan oleh rakyat negaranya. Di negara-negara jiran pandangan mereka dilecehkan kerana sering bercanggah dengan realiti atau tidak relevan dengan pemikiran rakyat yang menjalani dunia politik sebenar.
Di Malaysia berapa banyak pandangan golongan ini yang akhirnya terbukti auta berdasarkan keputusan pilih raya yang tidak memihak, pihak yang mereka angkat sebagai akan menang kerana faktor tertentu, begitu juga dengan keputusan yang diambil oleh pegawai kerajaan ataupun pemimpin politik ke atas isu yang mereka hadapi. Pokoknya kenyataan golongan ini tidak ubah seperti komen bodoh dan mengada-ngada Cybertrooperr loses di grup grup politik. Namun kekantoian mereka tidak menghalang mereka untuk terus melontarkan pendapat yang pada mereka kononnya ilmiah dan berfakta.
Di negara jiran gelaran Prof hanya dianggap sebagai bukti pernah belajar bukan tanda mereka mampu berfikir dengan baik atau wisdom. So no Wonder kenapa golongan ini turut berlambak di Malaysia. Malaysia lagi lah sedangkan yang dikatakan pakar hanya pakar mengulang apa yang telah tertulis dalam buku text mereka.
Hakikatnya seorang profesor kangkung harus cerdik membidik pihak yang dia sokong supaya kedudukannya sentiasa terjamin. Walaupun implikasi dari bidikkannya membuat pemikiran rakyat tumpul dan kekal sebagai masyarakat yang hidup dibawah tempurung.
Sebab itulah kenapa profesor seperti ini disamakan dengan sayur kangkung yang boleh didapati di merata tempat dengan mudah.
Prof Madya Dr Jeniri Amir yang berkata kononnya tindakan Bersatu Sabah melompat parti bukan sifat politik yang matang sebaliknya tidak berprinsip dan tidak beretika dan mementingkan diri.
Kenapa pula tidak berprinsip dan tidak beretika sedangkan tujuan mengalihkan sokongan adalah untuk menyelamatkan kerajaan negeri Sabah dari kerakusan kepimpinan parti yang ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 baru-baru ini. Bila mana parti Warisan hanya mendapat 3 kerusi parlimen dan UMNO hanya mendapat 26 dari 222 kerusi yang mereka tandingi.
Oleh itu sila bayangkan jika parti UMNO dan Parti Warisan berjaya mengambil kerajaan negeri dari GRS apa akan berlaku?
Justeru tidak timbul andaian jika PN atau Perikatan Nasional menang dalam Pilihan Raya Negeri kemudian kononnya ada wakil rakyat melompat ke Parti Warisan. Ini kerana telah terbukti kepimpinan Warisan adalah kepimpinan yang gagal sebagai kerajaan negeri. Apa lagi Warisan tidak pernah memenangi pilihan raya dan kerajaan Warisan dibentuk melalui jual beli wakil rakyat sebab itulah kenapa kerajaan Warisan hanya dapat bertahan beberapa bulan.
Siapa juga yang mahu bekerjasama dengan Parti Warisan setelah apa yang berlaku pada UPKO, UPKO hampir hancur setelah berkawan dengan Parti Warisan begitu juga dengan DAP ironinya selepas mereka bermusuh dua parti ini mampu mendapat kemenangan yang signifikan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Justeru itu juga tidak timbul persoalan kononnya melompat parti atau mengalihkan sokongan akan melemahkan kepimpinan parti dalam sebuah pentadbiran dan kononnya rakyat yang sengsara. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Datuk Hajiji Noor adalah untuk menyelamatkan negeri dan rakyat Sabah dari parti parti yang gagal.
Perlu diketahui oleh profesor kangkung berkenaan, sebelum ini kepimpinan Bersatu adalah wakil rakyat yang mewakili UMNO semasa pilihanraya umum yang ke-14. Namun meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu ironinya dalam pilihanraya negeri Sabah tahun 2020 semua kepimpinan Bersatu mempertahankan kemenangan, sama seperti mereka bersama UMNO sebelum itu.
Ertinya apa, ertinya kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan rakan-rakan beliau sememangnya diterima oleh rakyat Sabah bukannya kerana faktor parti yang menjadi wadah mereka.
Percayalah selepas ini kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan pemimpin GRS lain akan lebih utuh dan dipercayai rakyat, ini disebabkan oleh agenda GRS itu sendiri yang bertuankan bangsa Sabah.
Prof kangkung itu juga cuba berpandangan diluar kotak dengan bertanya apa konok makna demokrasi kalau boleh melompat parti? lucu.
Benar benar Profesor kangkung hanya untuk mengaitkan tindakan meninggalkan parti yang dipersetujui secara berjemaah dengan sistem demokrasi pun nampaknya gagal.
Perlu diketahui tindakan Datuk Hajiji selaku ketua Bersatu Sabah meninggalkan Parti Bersatu itu sendiri, adalah dibuat atas persetujuan semua wakil wakil rakyat Bersatu. Bukannya atas tindakan atau kepentingan peribadi kerana terdesak dan takut dibicarakan di Mahkamah setelah terpalit dengan kesalahan salah guna kuasa seperti yang dihadapi oleh kluster mahkamah, untuk menyelamatkan diri parti diperalatkan.
Jangan pula tidak tahu, kepimpinan Warisan juga disiasat oleh SRPM semasa mereka menjadi kerajaan negeri. Sampai keluar notis SPRM bagi mengesan mereka. Tapi kenapa kegagalan ini tidak dinilai oleh Prof kangkung berkenaan?
Memang benar kenyataan Datuk Hajiji Noor tindakan rakan sekutu dalam kerajaan perpaduan untuk menggugat kerajaan negeri GRS sukar dibendung oleh itulah jalan penyelesaian harus difikirkan. Maka itu beliau selaku ketua Bersatu Sabah dan kepimpinannya mengambil kata putus bertindak meninggalkan Bersatu/PPBM. Jadi siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? anjing anjing yang kelaparan atau pihak yang diberi kepercayaan menjaga harta rakyat oleh rakyat itu sendiri.
Kalau Prof kangkung dan pemimpin Warisan terhina oleh bidasan di atas, nah dipersilakan mengutarakan dakwaan seterusnya. Saya tunggu!
Tinggalkan Jawapan