
Kesian pula WARISAN ni, kemaruk sangat ingin jadi kerajaan negeri. Justeru itu mereka sengaja mencipta cerita dogeng dengan itu sekurang-kurangnya penyokong buta tulis terus mempunyai harapan walaupun sebenarnya hanyalah harapan semata mata.
Hakikatnya apa lagi hari ini sudah menjadi pembangkang dimana sembang kupi mereka amat rugi untuk dipercayai, sedangkan sewaktu menjadi kerajaan pun begitu cepat rakyat hilang kepercayaan pada Presiden parti Warisan dan ia berlarutan sehinggalah Warisan hanya mendapat tiga kerusi dalam pilihan raya umum ke 15 baru baru ini. 😂 😂 😂
Sudah sudahlah mencipta cerita kosong tu, tidak adapun faedahnya.
Rakyat Sabah tahu tujuan laskar Warisan mencipta cerita dogeng seperti ini, supaya Warisan diingat masih hidup dan belum lagi di kapankan.
Lain kali kalau mau jadi kerajaan jangan sokong Warisan, sebab Warisan dianggap hanya untuk masyarakat kelas ke tiga yang tidak mementingkan nasib negeri bangsa.
Begini ceritanya dimana satu page pro Warisan aka parti tiga kerusi membuat cerita dongeng kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor akan bertukar susulan tindakan STAR yang bertindak keluar dari gabungan Perikatan Nasional.
Ini kerana akan wujud jajaran baharu yang dikenali Gabungan Parti Tempatan Sabah yang terdiri dari 15 kerusi USNO selepas Adun PPBM Sabah keluar dan menyertai USNO.
Dikatakan juga gabungan ini akan turut disertai Warisan PBS, STAR, dan KDM yang berjumlah 35 kerusi.
Nah jangan kamu percaya selagi Warisan terlibat kerana tidak ada parti yang sanggup bekerjasama dengan mereka. Masih ingat propaganda kononnya PBS akan bekerjasama Warisan bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 15 baru baru ini?
Parti warisan kemaruk kuasa manakala macai² tegar warisan pula teringin sangat melihat pulau impian ‘warga khas tawi-tawi’ di realisasikan di iringi dengan pencapaian PSS utk kerakyatan songsang dan agihan tanah kepada ‘warga khas tawi-tawi’ di teruskan (Agihan tanah yg bertopengkan orang asal tapi hakikat sebenarnya adalah utk ‘warga bakau tawi-tawi)
LikeLiked by 1 person
Parti pilak siapa mau percaya lagi, calun2 Warisan yang bertanding di Semananjung semua lost deposit, begitu juga calun2 parti gabungannya iaitu Parti Pejuang pun semua lost deposit. Tidak boleh sokong lagilah Warisan itu.
LikeLiked by 1 person