
Assalamualaikum wbt, apa khabar semua?
Pada pengundi-pengundi awal yang akan menjalankan tanggungjawab pada hari esok, saya mohon kerjasama supaya tunaikanlah tanggungjawab anda semua dgn sebaik-baiknya kerana ini adalah hak anda dalam sistem demokrasi untuk memilih mana-mana parti atau pun calon yg boleh bertanding di pilihanraya ini.
Dan pastinya harapan saya dan doa saya supaya saudara semua dan anda semua akan mengundi kepada calon-calon Perikatan Nasional.
Undilah Perikatan Nasional.
Undi Perikatan Nasional untuk memastikan sebuah kerajaan yang:Prihatin- tidak putus putus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, menyelesaikan masalah dan merangka wawasan maju ke depan.
Sebuah kerajaan yang BERSIH- didasari nilai integriti dan menolak rasuah, menampal ketirisan- agar hasil kekayaaan negara kekal di tangan rakyat. Duit rakyar diurus dengan amanah, untuk menjana pembangunan dan merancakkan semula ekonomi.
Sebuah kerajaan yang STABIL- dengan keharmonian politik yang jitu, menjaga kepentingan semua kaum, melindungi kedaulatan negara.
Jika ini yang anda mahu, Undilah Perikatan Nasional. Pangkah Peringkatan Nasional di kertas undi.
Undilah dengan yakin dan percaya bahawa undi anda akan menyumbang kepada pembentukan sebuah Kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.
Jangan termakan janji saudagar mimpi yang belum terbukti, atau mereka yang tidak mementingkan integriti.
Lakukan tanggungjawab anda. Kita buka lembaran baharu, bersama-sama kita menggembleng semangat kesatuan, untuk Malaysia yang lebih aman dan makmur.
Do what is right. Vote Perikatan Nasional. Undilah Perikatan Nasional.
Kuasa ada di tangan anda. Pilih dengan yakin dan berani.
#PNBEST
#BersihdanStabil
#PerikatanNasional
Tinggalkan Jawapan