20 Cawangan Warisan Batu Sapi Keluar Parti, Bagaimana Dengan Anda?

Perkembangan yang menarik dan ada yang penting disini itu alasan yang menyebabkan mereka meninggalkan parti Warisan dan menyertai BERSATU atau GRS.

Semalam seramai 20 ketua Cawangan Warisan Batu Sapi bersama ahli telah berrindak keluar dan menyertai Bersatu atau GRS.

Tidak ada yang memaksa mereka untuk keluar parti melainkan atas kehendak sendiri, selepas kagum atau yakin pada kepimpinan GRS secara umumnya dan khususnya calon GRS untuk Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus.

Kalau pemimpin kecil seperti Khairul Firdaus iaitu calon GRS, untuk Parlimen Batu Sapi pun ada yang mengagumi kepimpinannya, bagaimana pula dengan pemimpin GRS atau Bersatu lain yang terkenal seantero negeri sebagai pemimpin yang prihatin kepada pengundi atau masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan mereka pengundi dalam dari luar DUN mereka.

Antara wakil rakyat Bersatu atau GRS yang saya maksudkan ialah Datuk Hajiji Noor, Datuk Nizam Titingan dan Datuk Ariffin Arif. Justeru itulah mereka berhempas pulas memastikan calon GRS dam BN di Parlimen masing masing mendapat kemenangan.

Kerana mereka sedar untuk memajukan satu satu daerah sewajarnya wakil rakyat Adun satu kepala dengan wakil rakyat Parlimen supaya segala perancangan pembangunan dan membawa bajet ke kawasan mereka dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Kalau begitu takkan pula ketua cawangan Warisan dan ahli mereka di Tuaran, Tawau dan Kimanis tidak terfikir keluar parti dan menyertai Bersatu Tawau.



SANDAKAN: 20 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi keluar parti dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan dan perjuangan Warisan.

Ketua Penerangan Warisan Cawangan Batu Sapi, Hamdan Titing berkata beliau dan ahli-ahli nampak perjuangan GRS khasnya calon GRS Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam membawa suara Batu Sapi dan belia, tetapi sebaliknya dari Warisan.

“Kami semua terpanggil dan kagum dengan perjuangan calon GRS Batu Sapi.

“Kami semua sedar bahawa beliau bukan seseorang yang baharu lagi di kawasan sini dan sudah lama kami tahu akan perjuangan beliau, walaupun belum menjadi wakil rakyat.

“Saya yakin, keputusan saya dan ahli-ahli yang bersama saya hari ini, seramai 60 orang kami semua keluar dari Warisan dan ingin berjuang bersama calon GRS untuk memastikan kemenangan beliau di Batu Sapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir dalam majlis serah borang keahlian di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, calon GRS Batu Sapi, Khairul Firdaus berkata perjuangan GRS sentiasa berfokus dan GRS mengalu-alukan semua pihak yang ingin bersama dan ikut serta dalam perjuangan parti itu.

“Macam petang ini kita lihat ahli kuat Warisan di Batu Sapi keluar meninggalkan Warisan dan menyertai kita (GRS) dengan sebab mereka sendiri yakin dan nampak perjuangan GRS, tanpa sebarang paksaan.

“Kepercayaan mereka kepada GRS adalah bukti bahawa misi dan matlamat kita untuk membawa suara rakyat, sangat jelas.

“Kita tahu mereka sudah berjuang lama bersama Warisan, sejak 2016 dan mereka telah berkorban masa, keringat, tenaga dan semua untuk membawa nama parti, tetapi tidak memberikan sebarang hasil atau manfaat kepada rakyat.

“Untuk itu, mereka nyatakan kepada kita, untuk bersama kita dalam misi membawa suara rakyat Batu Sapi, bersama saya dan GRS,” katanya.

Selain itu, Khairul Firdaus turut menegaskan bahawa perjuangan setiap ahli parti adalah sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh.

“Kita tidak boleh pandang remeh setiap apa yang ahli kita perjuangkan.

“Mereka adalah kekuatan kita, jadi kita mesti menjaga ahli kita dan fokus dalam misi kita,” ujar beliau lagi.

Sumber.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: