
Bolehkah saya sentuh sedikit pasal desakan atau bahasa kasarnya ugutan ketua UMNO Sabah Datuk Bung Mokhtar berhubung anak Robin Balang yang ikut bertanding?
Bung Mokhtar mendesak Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor agar melucutkan semua jawatan yang disandang oleh Adun Kemabong, Robin Balang sebab anaknya ikut bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tenom.
Robin Balang adalah pemimpin Bersatu Bahagian Tenom dan wakil rakyat Dun Kemabong.
Sebelum itu bagus kita kenal pasti kedudukan Parlimen Tenom itu dan membuat sedikit penilaian kasar. Milik siapa atau ahli Parlimen daripada parti mana yang menyandangnya.
Ternyata sebelum Parlimen dibubarkan Parlimen Tenom diwakili oleh parti DAP.
Dan kemenangan calon DAP pada pilihan raya umum ke 14 untuk Parlimen Tenom disebabkan oleh faktor sentimen pengundi Tenom terhadap parti UMNO dan sehingga saat ini sentimen mereka semakin hari semakin menjadi jadi.
Pada pilihan raya negeri Sabah 2020 calon Bebas, Robin Balang mengalahkan calon UMNO, Raime Unggi
Itu bererti UMNO Tenom adalah total pembangkang dan ditolak oleh pengundi Tenom. Justeru itu tidak ada hak langsung untuk menentukan siapa boleh bertanding di Parlimen Tenom. Walaupun ada kerjasama diantara GRS dan BN.
Ingat calon DAP menang kerana kebencian pengundi pada calon UMNO, begitu calon Bebas mengalahkan calon UMNO untuk DUN Kemabong.
Ada satu isu yang lebih mustahak berbanding sekadar inginkan calon UMNO bertanding. Iaitu sejauh mana calon UMNO boleh menang di Parlimen Tenom. Perlu diingat pada pilihan raya negeri Sabah 2020 Jamawi yang juga bertanding atas tiket BN kecundang kepada calon Warisan, Peter Anthony untuk DUN Melalap.
Hari ini Peter Anthony mengetuai partinya yang dikenali sebagai Parti KDM dan pro kepada calon Bebas iaitu anak Robin Balang.
Berdasarkan sentimen dan kedudukan UMNO Tenom yang dihimpit oleh dua nama besar, maka besar kemungkinannya calon UMNO Jamawi akan kalah kepada sama ada DAP atau Warisan.
Pilihannya sekarang mana lebih menguntungkan UMNO, Warisan yang dapat merebut Parlimen Tenom atau calon Bebas pro KDM?
Jadi ada baiknya juga calon Bebas pro KDM ikut bertanding. Sekurang kurangnya kerjasama GRS dan BN dapat meraih kemenangan besar walaupun bukan atas kapasiti BN.
Susah tu kalau UMNO seakan memaksa rakyat untuk mengundi calon UMNO walaupun diketahui oleh rakyat sebagai parti yang bermasalah. Bilang radu tetap radu, nah pergilah radu macam kerbau gila, calon Bebas, Warisan dll tu.
1 komen