
Tujuannya artikel ini bagi tujuan memantau adakah perkara ini menjadi kenyataan. Bahawa Perdana Menteri UMNO akan berunding dengan SPR jika berlaku banjir menjelang hari pembuangan undi. Sedangkan sebelum itu ia tidak menjadi isu hingga Parlimen dibubarkan demi kononnya kestabilan.
Ertinya kalau benar si Ismail berjumpa dengan SPR bagi membincangkan tarikh pilihan raya baharu. Nah memang hipokrat puak Melayu UMNO ni.
Berikut penjelasannya……
Ibarat mereka yang nampak bayang-bayang hitam yang dianggap hantu. Dalam hal ini hantu adalah pilihan raya ke 15 dari kaca mata UMNO dan keputusannya pastilah sebuah kekalahan.
Bukan kah ia lebih menakutkan? sebab kesannya bukan hanya kalah itu sendiri ia juga membawa pemenjaraan dikalangan pemimpin pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan. Hantunya lain macam betul tak?
Oleh kerana itu pemimpin UMNO perlu memikirkan sesuatu atau usaha bagi menghentikan ketakutan sekaligus kekalahan. Walaupun alasan itu akan membuat mereka nampak bodoh. Seperti kononnya masalah banjir pokoknya ia harus dijadikan alasan untuk menunda tarikh hari pembuangan undi.
Kluster Mahkamah sedar jika pengundian diteruskan seperti tarikh yang telah ditetapkan pada 19hb November ini maka pasti UMNO akan kecundang.
Berdasarkan keputusan undian yang dijalankan oleh netizen dan NGO menunjukkan calon Perdana Menteri daripada UMNO bukan lagi pilihan rakyat atau orang muda. Ini kerana mereka sedar UMNO tidak lagi boleh diberikan kepercayaan kalau ingin melihat negara ini bebas dari skandal penyelewengan seperti yang dihadapi oleh Najib Razak dan menyusul Zahid Hamidi serta Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar.
Inilah akibatnya bila hanya fokus pada bagaimana untuk melepaskan kluster Mahkamah tanpa memikirkan nasib UMNO di mata masyarakat.
Sebelum Parlimen dibubarkan, banyak pihak yang menasihat termasuklah Perikatan Nasional supaya jangan membubarkan Parlimen. Selesaikan terlebih dahulu ekonomi rakyat yang terjejas akibat perlaksanaan PKP dan masalah ekonomi yang dihadapi di dunia global.
Jangan juga adakan pilihan raya umum ke 15 kerana waktu itu dikhuatiri akan terjadi banjir besar. Jika berlaku, mana lagi menyelamatkan harta benda mana lagi memikirkan parti mana yang layak diundi.
Tapi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Ismail berdegil sampaikan mencabar sekalipun banjir melanda jentera UMNO akan mengharunginya dan berkempen demi mendapatkan kemenangan.
Nah sekarang apa cerita? pandai pula jadi pemimpin yang baik dan prihatin dengan nasib rakyat. Tiba tiba masalah banjir menjadi keutamaan.
Semalam Perdana Menteri Malaysia Ismail menyatakan bahawa terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh pembuangan undi jika banjir melanda. Dan dia selaku “Perdana Menteri” akan mengadakan perbincangan dengan SPR.