Zahid Hamidi Ada Hubungan Dengan Isteri Orang – Raja Petra

Saya kan paling tidak suka bercakap soal yang ada kaitannya dengan hak dan keperibadian seseorang, tidak kiralah orang lain itu seorang pemimpin yakni public figure, apa lagi orang biasa yang setakat citchot di media sosial.

Sebab pada saya aib tetap aib walau apapun alasannya. Tinggal lagi dalam kes ini ia perlu diutarakan bagi tujuan menghentikan polemik yang sering dilontarkan oleh laskar sanggup bodoh UMNO yang walaupun selama ini dinasihatkan supaya jangan memainkan isu itu sebab pada hakikatnya tidak ada manusia yang sempurna, tapi tetap berdegil dan sombong bodoh. Mereka ingat dengan mengangkat aib seseorang maka sokongan ke atas UMNO akan naik mendadak.

Ia berlaku bila ada jentera UMNO yang lebih sudu dari kuah sengaja tidak membezakan mana politik isu mana isu peribadi atau hak sebagai manusiawi.

Hampir setiap kali kalau saya melontarkan pendapat berhubung isu yang berbangkit, nanti tidak lama muncul tu komen yang bertujuan untuk mengabaikan pemimpin Perikatan Nasional atau Muhyiddin Yassin kata mereka ada hubungan dengan seseorang. Dan setiap kali itu juga saya berusaha untuk menjelaskannya, saya kata kalau ianya benar kenapa tidak ada pihak yang membuat pengakuan dan kenapa tidak dibicarakan di Mahkamah dan sebagainya. Itu bererti ia hanyalah tuduhan biasa yang sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan pergolakan politik walaupun dalam keadaan pilihan raya umum seperti hari ini.

Begitu juga dengan Azmin Ali sering menjadi mangsa jentera jentera moron.

Justeru itu sengaja saya tidak mengulas apa yang diperkatakan oleh Raja Petra dalam video ini. Kamu fahamilah sendiri, apa isunya dan siapa yang dimaksudkan. Baca tajuk artikel pun memadai sudah tu.

Sebelum ini pun sudah ada rakaman video yang tersebar berhubung Presiden UMNO yang didedahkan oleh bekas ahli UMNO yang dipecat kerana lantang mengkritik kepimpinan Zahid Hamidi.

Sekali lagi saya tegaskan ini tidak bertujuan untuk menyebarkan aib seseorang tapi lebih kepada menutup mulut pihak pihak yang suka merojakkan isu politik dan isu peribadi. Agar selepas ini jangan lagi menyebarkan keaiban tanpa alasan yang munasabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: