Warisan Mengulangi Kejutan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14?

Agak lucu analisis politik Ramli Dollah dari Unit Kajian Geopolitik dan Elekoral UMS.

Lucu bila berpandangan Warisan akan mengulangi kejutan pada pilihan raya umum ke 15 ini.

Kejutan mana yang dimaksudkan tu, sebab setahu saya tidak pernah sekalipun parti Warisan berjaya memenangi pilihan raya, sama ada pilihan raya umum ke 14 mahupun pilihan raya negeri Sabah 2020 walaupun semasa ini Warisan adalah kerajaan negeri.

Tapi kalau sekadar mendapat kemenangan melalui beberapa kerusi, iya itu memang benar tapi tidak sampai membuat mereka menjadi kerajaan.

Warisan menjadi kerajaan pun setelah berjaya membeli beberapa wakil wakil rakyat BN antaranya daripada UPKO, hingga Madius ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Jadi tentang mana signifikannya pilihan raya umum ke 14 dan ke 15 dari sudut parti Warisan? Kalau signifikan pada kekalahan, memang benar tidak boleh dinafikan.

Kenapa beliau tidak membandingkan keputusan pilihan raya umum ke 14 dan pilihan raya negeri Sabah 2020 yang mana kerusi Warisan berkurangan.

Mungkin juga penganalisis lupa faktor Warisan agak diterima pada pilihanraya umum yang lalu. Antara lain kerana waktu itu Warisan hanya berhadapan dengan parti UMNO yang dikaitkan dengan penyelewengan dalam 1MDB.

Walhal Shafie juga terpalit dengan tuduhan penyelewengan dana di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Buktinya beberapa orang kepercayaannya yang menjadi wakil rakyat dan pemimpin Warisan berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Faktor lain, agenda Sabah Ubah atau borneonisasi telah berjaya memesongkang pemikiran pengundi pada waktu itu. Namun bila Warisan menjadi kerajaan disinilah pembohongan Warisan terbongkar.

Oleh kerana itulah pada pilihan raya negeri 2020 Warisan mengalami kekalahan yang signifikan berbanding pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

Hari ini Warisan berhadapan dengan pelbagai isu terutamanya isu kegagalan dan kelemahan semasa menjadi kerajaan negeri Sabah.

Warisan yang sebelum ini dikenali sebagai kononnya mempertahankan hak hak Sabah berkecai apabila bertanding di Semenanjung dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Yang juga menjadi ukuran Warisan hari ini ialah gagal menunaikan manifesto pilihan raya umum ke 14. Begitu banyak, sebutkan saja manifesto itu pasti gagal ditunaikan oleh kerajaan Warisan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: