
Saya yakin hanya golongan totok Warisan yang percaya pada artikel yang ditulis oleh portal Ini Sabah Bah.
Ada kalanya saya mengikuti artikel mereka namun sehingga hari ini tiada satupun yang akhirnya terbukti benar.
Seperti contoh artikel yang bertajuk lebih Separuh Majlis Tertinggi PBS Mahu Kerjasama Dengan Warisan.
Hari ini ada kamu dengar ahli majlis tertinggi PBS keluar beramai-ramai menyertai Parti Warisan atau ada kamu dengar PBS sudah menjalin kerjasama dengan Parti Warisan?
Kononnya sebahagian besar ahli majlis tertinggi Parti Bersatu Sabah PBS mahu bekerjasama dengan Parti Warisan ini kerana kononnya Parti Warisan ini bersifat tempatan.
Dimana parti tempatannya oi, tidak ada beza parti yang dicop sebagai parti dari Malaya oleh askar Warisan jika Parti Warisan yang dibeli oleh Shafie Apdal bertanding di Malaya.
Memang janggal tu cuba bayangkan sudah tentulah bila Parti Warisan berkempen di Semenanjung mereka akan memainkan sentimen Kebangsaan atau Nasional tetapi bila berkempen di Sabah mereka mencetuskan propaganda kenegerian.
Kamu nampak usaha memperbodoh mereka? Hahahah!
Tidak bagi PBS yang tidak pernah sekalipun bertanding di Semenanjung atau Malaya.
Dan banyak lagi tulisan mereka yang hanya bersifat propaganda semata-mata, bertujuan untuk mengelirukan ahli Warisan itu sendiri. Tidak mungkin Warisan mampu mempengaruhi pemikiran Rakyat Sabah yang kebanyakannya cerdik pandai menilai kebenaran.
Kita sedia maklum Parti Warisan Datuk Shafie Apdal ni tidak sudah-sudah mempelawa atau memancing PBS untuk bersama mereka tetapi masa itu juga PBS menolak sebarang tawaran kerjasama Warisan. Kerana PBS sedar mana-mana parti yang bekerjasama dengan Warisan akan akhirnya ditolak oleh Rakyat Sabah tengok apa yang berlaku pada DAP begitu juga dengan UPKO.
Persepsi masyarakat Sabah juga kebanyakannya beranggapan Parti Warisan adalah parti yang didominasi oleh golongan yang bukan tulen Sabahan. Contoh mudah Presiden Warisan sibuk bercakap soal Sabah Ubah atau sentimen kenegerian sedangkan isterinya adalah orang Semenanjung so kebencian macam mana yang mereka cuba siapkan pada pemikiran orang Sabah, kan tidak benar tu.