
Tidak perlu kita berteka-teki individu yang dimaksudkan oleh Pandikar Amin ini adalah Rahman Dahlan.
Kalau kita kaitkan Rahman Dahlan ini dengan Parti UMNO itu sendiri maka kita tidak boleh lari dari kerosakan yang dia telah lakukan ke atas UMNO Sabah. Bila mana dia mencadangkan pemecetan ke pemimpin UMNO Sabah pada waktu itu.
Rahman Dahlan ini jugalah yang paling lantang menafikannya skandal 1MDB dengan membuat dakwaan yang tidak masuk akal. Nah semua penyataannya itu terbukti bohong apa bila Najib didapati bersalah dan dipenjarakan.
Kota Belud masih mempunyai ramai pemimpin di kalangan veteran dan anak muda untuk di ketengahkan sebagai calon pada Pilihanraya Umum Ke-15 ini.
Ketua Penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P169 Kota Belud Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berkata, tidak perlu rasanya pemimpin dari luar mencalonkan diri buat masa ini kerana Kota Belud itu sendiri sudah melahirkan ramai pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia.
“Sebagai Ketua Penyelaras GRS Parlimen Kota Belud, kita berpegang kepada amanat pucuk pimpinan (GRS) YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor dalam mengendali mahupun mentadbir kawasan parlimen ini.
Kita juga boleh mengajukan pandangan kepada YAB Datuk Seri kerana kita mengamalkan budaya Muafakat dan akan bekerjasama sebagai sebuah parti gabungan, ” jelas Pandikar.
Beliau yang juga merupakan Presiden USNO itu turut berkata, soal calon pada Pilihanraya Umum Ke-15 kali ini, akan terhasil daripada permuafakatan dan perbincangan sesama di dalam gabungan jelasnya kepada SABAHitz On9TV di sini.
“Rasanya, tidak perlulah pemimpin dari luar mencalonkan diri kerana kita sudah ada pemimpin sendiri yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia.
Kita tidak lagi ketandusan pemimpin sehingga perlu membawa masuk pemimpin dari luar daerah (bukan anak jati Kelahiran Kota Belud) pada Pilihanraya kali ini.
Selain pemimpin yang sedia ada di Kota Belud, kita juga ada anak-anak muda yang berpotensi, ” jelasnya lagi.
Malaysia bakal mengadakan Pilihanraya Umum Ke-15 pada tahun ini bagi memilih kerajaan baharu setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pula bakal mengadakan mesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menetapkan hari penamaan calon, tarikh undi pos awal dan tarikh mengundi umum.
Tinggalkan Jawapan