Sudahlah Dengan Amaran Zahid Oiii

Belum apa-apa si Ponorogo kantoi mencuri wang rakyat melalui Yayasan Akalbudi ni sudah berlagak macam Malaysia ni bapa dia punya.

Inilah sikap seorang pemimpin yang tidak boleh lagi diberikan kepercayaan bukan hanya kerana dia telah kantoi melakukan jenayah tetapi kalau ada yang mengikuti perkembangan mangkuk ni, pasti sedar yang hampir setiap kenyataan politiknya ada unsur pembohongan supaya dengan demikian dia yang telah kantoi dan ditolak oleh rakyat akan kelihatan diterima semula dan seperti orang yang tidak pernah merugikan rakyat.

Menerusi berita MSN Zahid Hamidi melalui hantaran di Facebooknya dengan lantang memberikan amaran pada musuh-musuh UMNO berhubung ramalan dalam pilihan raya umum yang ke-15 akan datang, bahawa Pilihan Raya ini akan menjadi mimpi ngeri buat pemimpin yang meninggalkan UMNO ini kerana mereka akan dihukum oleh pengundi sendiri.

Kesiannya pemikiran pemimpin yang bergelumang dengan kantoi najis penyelewengan boleh pula melihat masa depan negara ini dari konteks parti UMNO semata-mata dan bukan amalan demokrasi yang mampu membangun pemikiran rakyat, apa lagi jika tujuan bekas pemimpin UMNO tidak lagi menyokong adalah kerana UMNO itu sendiri yang terpalit dengan salah guna kuasa hingga merugikan negara bangsa.

Sakit benar pemimpin UMNO seorang ni ya Tuhan. Baru bebas dari tuduhan rasuah berhubung Visa Luar Negara sudah macam Harimau yang kelaparan, sedangkan skandal Yayasan Akalbudi yang menjadi perhitungan antara politik dan Tuhan, seolah olah tidak wujud.

Namun demikian saya cukup berkeyakinan kenyataan Zahid itu tidak ditujukan pada mantan pemimpin UMNO Sabah, sebab kalau tidak itu membuktikan sah sedang Zahid sakit kuat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: