Maksudnya ini ada RM3.6 bilion wang rakyat Malaysia yang dipinjam oleh SRC dari KWAP berada Switzerland sejak 2012 dan ia dibekukan.
Sehingga kini tiada siapa yang tahu status wang berkenaan, adakah masih disana atau telah dihapuskan atau adakah wang itu telah dipindahkan tanpa pengetahuan kerajaan Malaysia.
Betullah Najib ni bukan alang alang dia punya kelentong. Diluar sana dia minta orang berdoa untuk keselamatannya walhal dia lah penjenayah yang wajib dipertanggungjawabkan.
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam rayuan akhir Najib Razak berkait kes SRC International memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa, tiada siapa tahu apa berlaku terhadap sebahagian besar RM4 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), selepas ia dipindahkan ke bank luar negara.
Pendakwaraya ad hoc, V Sithambaram, berkata “sebahagian besar daripada RM4 bilion”, atau RM3.6 bilion telah dihantar ke Bank BSI di Lugano, Switzerland pada 2012.
Sejumlah RM4 bilion telah dipindahkan daripada KWAP kepada SRC antara 2011 dan 2012.
“Kini dana itu nampaknya dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland,” katanya.
Sithambaram menegaskan perkara itu semasa perbicaraan bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah ingin terbang ke Switzerland untuk menyelesaikan isu dana dibekukan itu dan seterusnya membawa pulang wang tersebut.
Bagaimanapun, katanya, Najib telah menolak permintaan Husni.
“Perayu (Najib) berkata (semasa perbicaraan) Husni tidak mempunyai ‘perancangan yang betul’. Ini terbukti ia tidak dapat diselesaikan walaupun Najib melepaskan jawatan (pada 2018),” katanya.
Sithambaram berkata, pinjaman RM4 bilion daripada KWAP bertujuan untuk melaksanakan kerja memenuhi dasar tenaga negara.
“Bagaimanapun, wang itu tidak digunakan untuk ini dan tidak ada satu projek pun diusahakan oleh SRC International,” katanya.
Perbicaraan diteruskan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. Panel lain terdiri Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohamad Diah.
Najib berusaha untuk membatalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke akaun banknya.
Sabitan beliau dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lalu, begitu juga hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Microsoft may earn an Affiliate Commission if you purchase something through recommended links in this article
Tinggalkan Jawapan