Warisan mengata Yong Teck Lee atau SAPP dari konteks MA63.
Namun pada hakikatnya Warisan lagi parah dan teruk atau habuk pun tidak ada yang boleh diraikan, baik dari konteks Perjanjian Malaysia 1963, MA63 mahupun dari sudut pembangunan.
Jadi tidak usahlah kita terikut ikut dengan permainan politik pembangkang Warisan yang jelas mengada-ngada dan sengaja meminta perhatian. Baik kita gesah para wakil rakyat Parti Warisan agar bertanya pada Presiden mereka Shafie Apdal.
Selain perkampungan di wakil wakil rakyat Warisan berkenaan, mohon mereka bertanya pada Shafie Apdal.
Di Semporna sahaja mana kampung yang telah digazetkan sebagai perkampungan rasmi semasa Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah. Wahal ada diantara perkampungan itu yang berumur lebih tua atau berusia berbanding umur berbanding mana mana pemimpin politik di Semporna, termasuklah umur Shafie Apdal itu sendiri.
Sudah itu suruh mereka baca kenyataan balas dari pemimpin muda SAPP dibawah.

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) menyifatkan ulasan ADUN Merotai kebudak-budakan dan sekadar penafian kerana gagal menerima cabaran Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee untuk berdebat isu tuntutan waris Kiram.
Dengan jelasnya, Yong Teck Lee, sebagai Presiden SAPP, mencabar ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen Parti Warisan untuk berdebat berkaitan isu tersebut, semasa berucap di suatu acara parti di Kota Kinabalu
Jamain Sarudin, Ketua Pemuda SAPP menganggap ADUN Merotai tertekan emosi kerana kurang memahami isu tersebut.
“Mengapakah wakil-wakil rakyat Warisan bisu tentang isu Kiram? Mengapakah mereka begitu takut pada DSP Yong Teck Lee?
“Perbahasan secara sihat akan mendedahkan lebih banyak fakta penting untuk dikongsi dengan rakyat Sabah secara keseluruhannya agar warga Sabah boleh bersama-sama mengatasi isu tersebut.
“Tuntutan waris Kiram di Madrid itu muncul semasa Warisan memegang jawatan dalam Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Ini menjadi persoalan utama rakyat secara umum,” tambah Jamain.
Beliau berkata, Kalau tiada rahsia di sebalik batu, Warisan seharusnya berterus terang kepada rakyat apakah tindakan yang kukuh telah diambil ketika pemerintahannya yang benar-benar menidakkan sebarang ancaman terhadap kedaulatan Sabah.
Mengenai serangan oleh ADUN Merotai terhadap DSP Yong Teck Lee, Jamain berkata, mengaitkan kemenangan Datuk Yong di Likas adalah dengan bantuan pengundi hantu atau projek IC adalah tidak berasas.
“SAPP tidak pernah berhenti berjuang untuk menangani masalah PROJEK IC yang menjadi punca pencemaran senarai pengundi, termasuk mengusul pelaksanaan Sabah IC.
Jamain turut mengingatkan, Presiden Warisan sebagai Ketua Menteri Sabah dan pemegang-pemegang jawatan kerajaan persekutuan pada masa dahulu, yang patut tahu apa berlaku di Putrajaya dan Sepanyol.
“Agak pelik apabila ADUN Merotai (yang tak tahu apa-apa pun) pula yang buat kenyataan akhbar mengenai isu tuntutan waris Kiram.