600 Ahli Warisan Perak Keluar Parti

Seramai 600 ahli Warisan melibatkan 8 Bahagian di Perak keluar parti akibat tidak berpuas hati dengan cara Shafie Apdal mengurus Warisan di negeri itu. Mereka diketuai Murad Abdullah yang duduk ditengah.

Macam mana Warisan Semenanjung boleh pergi jauh, kalau awal awal lagi ahli Warisan dapat menghidu kelicikan Shafie Apdal selaku Presiden Parti.

Bila mana Shafie melantik orang luar sebagai Pengerusi Warisan Perak, seolah olah dalam lapan Bahagian itu, tiada seorang pun yang berkelayakan.

Lapan bahagian itu terdiri dari Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Selain melantik orang luar, ahli Warisan juga mendapati Shafie tidak konsisten dalam perjuangan. Bila Shafie sendiri yang berkata Warisan akan bekerjasama dengan mana mana pihak yang menang dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru mereka merasakan parti Warisan sudah tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam visi perjuangan. Baik bersama kerajaan yang sedia ada mahu pun bersama pembangkang kelak.

Pokoknya Shafie Apdal kantoi selaku ketua parti kerana tidak konsisten membawa hala tuju perjuangan.

Jangankan di Semenanjung di Sabah sendiri.

Semasa pilihan raya negeri Sabah 2020, calon DAP menggunakan logo Warisan. Walhal Warisan menekankan Sabah Ubah atau Sabah For Sabahan, last last parti dari Semenanjung bertanding menggunakan logo Warisan. 😂

1 komen

  1. banyak2 parti politik buat sibuk jer … lagi pecah lagi ramai pemimpin parti minta jawatan & kedudukan nanti … ini jer alasan buka parti baru kat Malaysia ni bukan nak perjuangkan nasib rakyat pun.

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: