Sabah Mesti Dilibatkan Dalam Sebarang Tuntutan Ke Atas Sabah – Masidi Manjun

Selepas ini iaitu sejak si Najib memandai mandai tidak membayar wang pemisahan pada pewaris kesultanan Sulu hingga membawa kepada konflik tuntutan yang lebih besar mencecah 60 bilion ringgit.

Sebarang perundingan di antara kerajaan persekutuan dan pewaris kesultanan Sulu berhubung tuntutan ke atas Sabah, kerajaan Sabah wajib dilibatkan sepenuhnya dan secara total.

Nah dengar kamu pentadbir persekutuan atau UMNO. Lain kali jangan lagi campuri urusan dalaman negeri Sabah, orang Sabah yang lebih tahu dan apa yang perlu dilakukan. Bukan seperti apa yang sering dilakukan oleh politik UMNO selama ini, menukar atau mencipta isu yang hanya bertujuan supaya dapat menambah populariti dan UMNO menjadi pilihan rakyat Sabah.

Cukup cukuplah berpolitik atas kedaulatan orang lain, rakyat Sabah sudah ramai yang matang dan cerdik pandai. Sudah mampu membezakan antara permainan politik dan setakat memancing pengundi.

Gesaan Datuk Masidi ini bertepatan dengan jawapan balas Tommy Thomas rentetan tuntutan pewaris sultan sulu pada 2019.

Tommy Thomas menjelaskan bahawa wang pemisahan atau pampasan yang dibayar setiap tahun pada pewaris kesultanan Sulu adalah bersifat tetap namun bukan pajakan dan tidak akan mengalami penambahan nilai. Bayaran itu juga tidak akan membawa maksud lain seperti kerajaan Filipina atau pewaris kesultanan Sulu boleh membuat tuntutan ke Sabah. Ini kerana surat perjanjian diantara kesultanan Sulu dan kerajaan British yang ditandatangani pada 1878 telah berakhir disitu, bila mana isi perjanjian jelas tertulis Kesultanan Sulu menyerahkan hak tanah terbabit kepada syarikat British dengan membayar RM5300 setahun kepada pewaris sultan sulu.

Terbukti hanya si Najib yang memandai mandai menghentikan bayaran wang pemisahan RM5300 sebulan pada tahun 2013 dan dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Menyebabkan wakil pewaris sultan Sulu berjaya “merampas” aset Petronas di luar negara di Azerbaijan, susulan kejayaan mereka dalam perbicaraan di Madrid, Sepanyol.

Pun demikian menurut Tommy Thomas “kejayaan” pewaris kesultanan Sulu itu tidak sah.

Sudahlah begitu, sehingga hari ini masih lagi si UMNO yang duduk sebagai persekutuan tidak melibatkan Sabah dalam perbincangan dan perundingan berhubung tuntutan ini.

Kamu nampak kah betapa kurang ajarnya UMNO kalau boleh bukan hanya kekayaan Sabah yang mereka remote tapi juga kedaulatan negeri Sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: