
Petang tadi kecoh pasal Ahli Parlimen Kota Belud yang dikatakan tidak dibenarkan menghadiri sidang parlimen selama dua hari, selepas dikatakan usulnya berkenaan tuntutan atau rampasan pewaris kesultanan Sulu ke atas aset Petronas diluar negara tidak dibenarkan oleh Timbalan Speaker.
Pada hakikatnya sewajarnya perlu dibincangkan semasa sidang Parlimen. Tapi betul kah begitu?
Sedangkan berdasarkan keterangan tuan speaker usul berkaitan tuntutan kesultanan sulu khususnya rampasan aset Petronas di Azarbaijan telah pun dibincangkan secara panjang lebar oleh semua ahli Parlimen termasuklah Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah dalam sidang yang sama.
Kenyataan tuan speaker itu telah diakui oleh ahli Parlimen Kota Belud sendiri namun katanya tidak cukup.
Tidak cukup itu hal lain sebab tidak bererti usul berhubung kedaulatan Sabah tidak dibenarkan untuk dibincangkan di Parlimen.
Jadikan pada penyokong Warisan jangan manipulasi penggantungan ahli Parlimen Kota Belud, dia digantung kerana terlalu menyampuk atau bising sedangkan perkara yang dibawanya adalah hal yang sama dan telah pun dibincangkan.
Begini bha kalau mau kelihatan “jantan” ikut seperti yang disarankan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya pemimpin PKR atau pembangkang turun beramai ramai membuat laporan Polis ke atas Najib Razak berhubung skandal seperti 1MDB dan dakwaan Najib telah mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman.
Dari konteks Warisan pula buatlah laporan Polis ke atas Najib akibat menghentikan bayaran wang pemisahan ke atas pewaris kesultanan sulu hingga membawa kepada konflik yang lebih besar. Dan sekiranya pewaris sultan sulu berjaya dalam tuntutan mereka maka Malaysia terpaksa membayar pampasan sehingga lebih 60 bilion ringgit.
Rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban dan kerugian angkara kelemahan dan kesalahan Najib Razak seorang. Justeru wajarlah Najib di heret dan disoal siasat supaya rakyat Sabah khususnya maklum apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Najib Razak. Alahai kau lah bha Najib oiii!