Jangan Kamu Percaya Dakyah Najib Berhubung Tuntutan Pewaris Sultan Sulu

Jangan kamu sudi kena kelentong buat kesekian kalinya oleh si Najib yang sudah terbukti kantoi maling di Mahkamah.

Sebelum ini dia mempertahankan kesalahannya menghentikan bayaran wang pemisah kepada pewaris sultan sulu dengan menyalahkan bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Najib mendakwa Tommy atau kerajaan PH mengeruhkan atau memburukkan lagi keadaan bila membayar tunggakan wang pemisahan sebanyak RM48,000 yang dihentikannya.

Hakikatnya semasa bapa Najib menjadi Perdana Menteri pun Malaysia membayar wang pemisahan sehinggalah dihentikan oleh anaknya bernama si Najib.

Untuk makluman admin bukan penyokong PH pada pilihan raya umum yang lalu dan semasa PH menjadi kerajaan.

Tujuan Najib menghentikan pembayaran hanyalah untuk membeli kepercayaan rakyat Sabah sempena insiden pencerobohan di Tanduo Lahad Datu. Bukan untuk membetulkan keadaan apa lagi waktu itu UMNO berada di ambang pilihan raya umum 2013.

Namun yang terjadi adalah sebaliknya akibatnya hanya membuka lagi ruang bagi pewaris sultan sulu atau kerajaan Filipina mengemukan tuntutan dimana kerajaan Malaysia bakal berhadapan masalah yang lebih besar dan serius.

Rakyat Sabah ni sudahlah kekayaan mereka habis di kikis oleh UMNO untuk keuntungan mereka semata mata, hari ini terpaksa menanggung dua bebenan hutang pasal 1MDB dan yang terbaru atau kedua kelak bila kerajaan terpaksa membayar tuntutan pewaris kesultanan sulu sehingga lebih 60 bilion ringgit.

Tindakan Tommy Thomas membayar tunggakan adalah untuk mengelak kerajaan Filipina atau pewaris kesultanan Sulu menuntut sesuatu yang lebih besar atau secara tidak langsung mengiktiraf keberadaan mereka ke atas Sabah sebab tiba tiba kerajaan Malaysia menghentikan bayaran.

1 komen

  1. Najib membuat revolusi membayar gaji – gaji yang tinggi kepada pengurus dan executive GLC mencapai RM70,000.00 hingga RM120,000.00 di zaman badut ini memerintah. Dia membuka pintu harta negara dikorek-gali oleh orang asing buat cerita separa porn The Wolf of Wall Street, hari jadi Jho Low yang luar biasa, Oscar Marlon Brando pun dibeli dengan duit rakyat, lagi satu kereta, Ferari US325,000.00 dihadiahkan untuk artist bogel Kim.

    Pada hal RM5,300.00 se tahun untuk kedaulatan Sabah badut ini boleh tinggal. Mana Logiknya. Tommy Thomas yang menyedari ada sesuatu aggreement yang sah tidak diputuskan oleh Najib hanya memintas wayar membawa mesej jangan perbesarkan isu kita akan bayar dengan syarat jangan dakwa kami dimahkamah. Kalau bayaran Tommy sudah diterima itu adalah umpan Tommy kamu yang ingkar janji …..

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: