UMNO Dah Tangguh Pemilihan Masuk Dua Kali Masih Tidak Puas Hati, Betul Dajallah

Berkenaan penangguhan pemilihan UMNO yang mungkin tidak lagi dibenarkan oleh RoS.

Termasuk ini sudah dua kali UMNO menangguhkan pemilihan UMNO.

Sepatutnya pemilihan UMNO berlangsung pada Jun 2021 dimana penangguhan dibuat pada Julai 2021 sehingga 18 bulan. Hari ini tempoh itu telah berakhir namun sekali lagi UMNO mengemukan permohonan untuk menangguhkan pemilihan UMNO selepas pilihan raya umum yang akan datang.

UMNO ni memang kaki putar alam, macam saja Malaysia bapa mereka punya. Begini sajalah suruh saja pemimpin-pemimpin UMNO menghadap Sultan atau Yang Dipertuan Agong supaya tidak ada lagi pilihan raya atau demokrasi di Malaysia, benarkan saja Malaysia ini diperintah oleh UMNO tapi kecualikan Sabah dan Sarawak biar dua negeri ini balik menjadi negara, biar orang Sabah dan Sarawak sendiri yang menentukan untuk nasib negara mereka.

Kamu tahu kah apa tujuan pemilihan ditangguhkan selain untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO dari tuduhan rasuah di Mahkamah. Ia juga bertujuan supaya Zahid Hamidi dan Najib menjadi taiko UMNO, dapat menentukan siapa yang menjadi calon dalam pilihan raya oleh itu mana Ketua Ketua Bahagian yang tidak sehaluan dengan mereka terpaksa akur walaupun mereka tahu Zahid dan Najib Razak adalah pemimpin yang tidak amanah atau telah kantoi di Mahkamah kerana rasuah.

Bila kehendak UMNO untuk menangguhkan pemilihan buat kali yang kedua kerana bertentangan undang-undang RoS tidak ditunaikan, maka yang dipersalahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Asyraf ialah kakitangan kerajaan RoS atau Menteri KDN kononnya mencampuri UMNO. Walhal UMNO sendiri yang buat hal, sengaja menangguhkan pemilihan demi menyelamatkan pemimpin mereka yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah walaupun telah diberikan peluang untuk menangguhkan pemilihan UMNO sebelum ini.

Nampak disana UMNO sudah biasa mencampuri urusan kerajaan sedangkan perbuatan itu hanya menyebabkan berlaku ke tidak adilan di dalam masyarakat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: