
1MDB atau Najib gagal membayar pinjaman hutang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang berkenaan sebanyak 3 bilion.
Begitu kenyataan saksi yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, semasa disoal di Mahkamah Tinggi baru baru ini berhubung perbicaraan Najib Razak dalam skandal 1MDB.
Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, yang ketika itu bertugas di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan Dan Aktuari (BPKA), berkata pinjaman tersebut diluluskan oleh kerajaan melalui surat sokongan yang ditandatangani Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan pada 2013.
“Saya mengesahkan 1MDB selaku pihak yang membuat pinjaman berjumlah AS$3 bilion telah gagal untuk membuat bayaran pinjaman seperti terma ditetapkan.
“Hal ini menyebabkan kerajaan pada masa ini terpaksa menanggung bayaran balik hutang 1MDB ini berdasarkan kepada surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan (Najib),” katanya.
Tapi kenapa sebelum ini Najib mendakwa hutang 1MDB bukannya wang rakyat tapi pelaburan dari pihak tertentu seperti Mybank dan lain lain.
Najib ni tidak sudah sudah menipu, mangkuk ni.
Untuk makluman sehingga hari ini rakyat Malaysia telah berjaya membayar hutang 1MDB sebanyak 13.3 bilion. Ini pun dinafikan oleh Najib bukan kononnya wang rakyat. (lebih kurang begitulah)
Apa agaknya nasib makcik yang sanggup menggadai atau menjual gelang emasnya untuk diberikan pada Najib Rajak bagi menanggung kos perbicaraannya. Niya betullah Najib ni. Alahai
1 komen