
Nah artikel ini ditujukan khusus pada Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Ewon Benedict.
Susulan kritikannya terhadap GRS kononnya GRS hanya cakap kosong bilamana agenda penyatuan yang dibawa GRS tidak berlaku ini kerana beberapa parti yang memohon untuk menyertai GRS belum lagi diluluskan atau diterima.
Seperti yang dilaporkan oleh portal berita, GRS melalui ketuanya Datuk Hajiji menegaskan GRS mempunyai perancangan tersendiri dan tidak terburu-buru menerima kemasukan parti yang memohon menyertai GRS
Justeru itu ruang dan masa perlu diberikan, bukannya terus menerima atau meluluskan permohonan.
Oleh itu menurut Ketua GRS, Datuk Hajiji Noor, permohonan mereka sedang dipertimbangkan dengan cara baik dan teliti
Pokoknya GRS ada cara tersendiri menyatukan parti parti tempatan Sabah atau Rakyat Sabah secara umumnya.
Perlu ditegaskan disini politik GRS tidak seperti parti Warisan atau UPKO. Cepat mengubah pendirian tapi cepat tersungkur.
Semua orang tahu, sebelum Pilihan Raya Umum 2018, Warisan berjanji tidak akan berkerjasama dengan parti dari Malaya tapi selepas pilihan raya wujud pula Warisan Plus, malah hari ini Warisan bertanding di sana. Bukan hanya bertanding disana tapi jauh dari itu DAP yang dari Malaya menggunakan logo Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Begitu jua dengan UPKO, dulu UPKO dan Warisan begitu akrab, iyalah tanpa UPKO mustahil Warisan berkesempatan menjadi kerajaan negri Sabah. Begitu juga sebaliknya tanpa Warisan mustahil Presiden UPKO menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Hari ini UPKO dan Warisan tampak saling menyalahkan rentetan kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Ramai yang tidak nampak keadaan ini.
Hari ini parti UPKO masuk dalam Pakatan Harapan manakala Warisan tidak bekerjasama.
Antara parti parti yang memohon untuk menyertai GRS ialah Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS) parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan terbaharu, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).
Jadi pada parti UPKO jangan politikkan parti dalaman orang lain, Kalau berminat untuk menyertai GRS, kemukakan permohonan, siapa tahu mendapat pertimbangan.
Wajib UPKO risau pada keadaan mereka, hari ini UPKO ibarat telur di hujung tanduk.
Itulah akibatnya bila sukar menerima nasihat orang lain.
Semasa Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020, ramai yang menasihatkan UPKO agar segera membatalkan kerjasama dengan parti Warisan, tapi perasan hebat. Last last hanya memenangi satu kerusi, Presiden UPKO Madius pula gagal mempertahankan kemenangannya.