
Maka berakhirlah sesi perbicaraan Bung Moktar Radin dan isterinya berhubung pelaburan RM150 juta dalam Unit Amanah Public Mutual Berhad untuk FELCRA Berhad.
Perbicaraan bermula 02 Januari tahun 2020.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How Hau memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob demikian selepas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM, Nor sebagai saksi yang ke 30 sekaligus yang terakhir.
Rozina mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan secara bertulis pada atau sebelum 17 Jun ini.
Dan 24 Jun adalah tarikh di mana kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum pihak Mahkamah memutuskan sama ada Bung Mokhtar dan isterinya dibebaskan atau diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan FELCRA Berhad berhubung pelaburan FELCRA sebanyak 150 Juta dalam Unit Amanah Public Mutual Berhad.
Dalam sesi perbicaraan ini, iaitu berdasarkan keterangan saksi SPRM isteri Bung Mokhtar mengaku telah menerima suapan RM2.8 juta dari pihak Publik Mutual.
Jangan UMNO merasa besar kepala, untuk makluman admin adalah pelabur dalam Public Mutual. Jadi pelabur seperti admin ada hak untuk mengikuti perbicaraan ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.