Kerajaan Persekutuan (UMNO) Tidak Alert Soal Keselamatan Rakyat Sabah

Sudah sampai masanya kerajaan negeri Sabah GRS bertegas ke atas Kerajaan Persekutuan akibat gagal memberikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik pada rakyat Sabah, seolah-olah dilecehkan atau kurang diambil peduli.

Termasuk ini sudah dua tragedi dalam tempoh setahun yang melibatkan lima kematian. Ia berlaku hanya kerana tindak balas yang lambat dari pihak berkuasa dimana panggilan kecemasan perlu diarahkan ke pusat panggilan MER999 yang berada di Kuala Lumpur sebelum pesanan dihantar balik ke Sabah untuk diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.

Menurut Naib Presiden SAPP Gee Tien Siong ia adalah tindakan yang tidak masuk akal seolah-olah hidupan Sabah tidak penting. Menurutnya lagi kes terbaru melibatkan seorang lelaki Cina berumur 54 tahun yang maut selepas kemalangan di Kelombong pada rabu boleh di elakkan jika tidak kerana kelewatan bantuan berikut dan maklumbalas yang perlahan daripada pusat panggilan di Kuala Lumpur.

SAPP adalah ahli dalam Gabungan Rakyat Sabah atau GRS.

“Masa telah dibazirkan dan akibatnya satu nyawa telah hilang,” katanya, sambil menambah bahawa sistem sekarang yang dipaksakan ke atas Sabah tidak memastikan tindak balas yang cepat dan cekap dalam situasi kecemasan.

Betul-betul Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh UMNO lalai dalam memikul tanggungjawab mereka dan tidak prihatin.

Persekutuan tahu mereka membenarkan Sarawak mengurus sendiri panggilan kecemasan, tanpa perlu terlebih dahulu dialihkan ke Kuala Lumpur, tapi kenapa tidak dipraktikkan di Sabah.

Ini kerajaan UMNO ni tidak sudah-sudah mencari populariti. Mereka mahu Rakyat Sabah sentiasa tunduk pada mereka ini, inilah antara caranya mereka mengawal satu satu negeri melalui kuasa kerajaan Persekutuan.

UMNO Sabah dimana sudah suara kamu orang, kenapa tidak mengkritik Persekutuan. Sebab Perdana Menteri itu datang daripada UMNO. Alahai lah UMNO oiii.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: