Stesen Minyak, Petros Milik Kerajaan Negeri Sarawak (GPS) Mula Beroperasi

Inilah buktinya Gabungan Parti Sarawak, GPS yang menarajui negeri Sarawak telah serba banyak berjaya merealisasikan atau menuntut balik perjanjian Malaysia 1963 yang selama ini cuba ditutup oleh pentadbiran UMNO pusat.

Sarawakian berjaya sebab politik mereka tidak lagi melibatkan pihak yang sanggup membohong demi keuntungan pihak mereka semata-mata. Seperti mana UMNO yang sekian lama “memerintah” Sabah melalui Federal namun satu persatu perlembagaan negeri cuba diseleweng hingga merugikan Sabah. Rugi sehingga hari ini, kamu orang pun tahu kan. Seperti contoh usaha menggubal akta laut Sabah 2012 yang menghadkan pemilikan sumber alam dari tiga nautika pantai.

Kekayaan dari perut bumi Sabah dan Sarawak mereka rata dan kebanyakannya ditumpahkan ke negeri negeri di Semenanjung. Sebab itulah Sabah dan Sarawak sehingga hari ini masih bergelumang dengan kemunduran prasarana berbanding sudah tentu Kuala Lumpur.

Ketika Sabah dikuasai Federal UMNO, Sarawak pula mengelat dari unsur unsur UMNO atau BN hinggalah UMNO diharamkan secara total. Ironinya pada pilihan raya negeri Sarawak 2021 Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat kemenangan BESAR hanya selepas GPS secara rasmi mengeluarkan kenyataan tidak lagi berkerjasama dengan BN.

Rakyat Sarawak suka bila kerajaan mereka tidak lagi berkerjasama dengan UMNO.

Ceritanya disini adalah kejayaan negeri yang menolak UMNO. Bahawa stesen minyak milik Syarikat Petroleum Sarawak Berhad yang dikenali sebagai Petros telah mula beroperasi di negeri itu.

Ini susulan kejayaan mereka menuntut cukai produk Petroleum dari Petronas itupun hanya selepas UMNO tumbang pada pilihanraya umum yang lalu.

Bolehlah dikatakan negeri Sarawak maju kerana UMNO atau BN sudah menjadi sampah disana.

Sebenarnya Sabah yang diperintah oleh kerajaan GRS dan Perikatan Nasional telah memulakan langkah awal yang sama berkaitan hak dalam perjanjian 1963, apabila Petronas akan membina pusat pemprosesan petroleum dan gas di Sabah dalam tempoh yang terdekat.

Jadi sebagai orang Sabah atau orang Borneo tidak salah kiranya kita meniru attitud Sarawakian ketika menuntut hak yang telah termaktub dalam perjanjian Malaysia, tetapi tidak ditunaikan angkara kejahatan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab, siapa lagi kalau bukan pentadbiran dan kepimpinan UMNO.

Hakikatnya Sabah dan Sarawak berstatus sebuah negara tidak seperti negeri-negeri di Semenanjung, ibarat perkampungan setinggan di America Selatan. Tidak memiliki sumber alam yang melimpah tapi tetap maju, dari mana datangnya kesenangan mereka kalau bukan dari Sabah dan Sarawak.

Mereka tidak ada sumber alam yang melimpah, nasib baik ada Kelantan dan Terengganu itupun tidak ada bezanya dengan Sabah, angkara muslihat UMNO yang menular disana.

Jadi pada orang orang Sabah kali ini kita jauhi UMNO parti celaka itu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: