
Hari ini sejarah terlakar lagi bila mana Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua PPBM dan GRS Sabah telah melancarkan sekaligus merasmikan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang bertapak di Sabah.
Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Sipadan SICC, Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 petang bersamaan hari ahad.
Sabah maju jaya. Alhamdulillah
Ada beberapa hal yang dirujuk atau dijelaskan oleh Datuk Hajiji Noor berhubung perasmian ini, bahwa beliau percaya parti KDM akan dapat menstabilkan politik negeri Sabah dan akan dapat menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah itu sendiri.
GRS sebagai induk akan lebih kuat lagi dengan kemasukan Parti KDM di dalam usaha menuntut hak hak Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Kalau di Sarawak ada GPS di Sabah ada GRS.
Untuk makluman GRS sebagai pertubuhan yang sah telah mendapat kelulusan RoS. Sijil permakluman telah diterima oleh Datuk Hajiji Noor sendiri pada Jumaat baru baru ini.