Ahli Parlimen Thailand Di Penjara 99 Tahun Akibat Kantoi Rasuah

Di negara Thailand walaupun perkhidmatan sebagai menteri telah berakhir tapi jika didapati bersalah di mahkamah kerana menyalahgunakan kuasa maka mereka akan dipenjara untuk tempoh yang cukup lama sehingga 99 tahun. Namun demikian undang-undang Thailand hanya membenarkan maksimum 55 tahun penjara.

Seperti yang dihadapi oleh seorang Ahli Parlimen, Watana Muangsook dari parti Pheu Thai didakwa atas 11 kesalahan rasuah dan salahguna kuasa dalam projek perumahan kos rendah di seluruh Thailand sekitar tahun 2003.

Peruntukan projek diluluskan oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra sebanyak 1 billion baht bersamaan RM126 juta.

Salah laku dikesan pada tahun 2006 setelah kerajaan Thaksin berjaya ditumbangkan melalui gerakan tentera.

Dimana jawatankuasa penyiasat mendapati sebanyak RM10.4 juta telah dimasukkan ke akaun Watana oleh pihak yang terbabit. Dia ni pun satu sepatutnya dia ambil lah projek tu dan jalankan bukan bagi pada orang luar yang tidak bertanggungjawab. Ini kes projek yang tidak ada kemajuan rasanya sebab itulah sangkut.

Setelah itu hasil siasatan diserahkan ke Suruhanjaya pencegahan rasuah Kebangsaan Thailand untuk membuat pendakwaan.

Hukuman yang tragis ini berlaku di negara kafir tidak seperti Malaysia walaupun kononnya Malaysia sebuah negara Islam, tetapi undang-undang tidak dikuatkuasakan pada semua orang terutamanya pada pemimpin UMNO.

Berbeza jika rakyat biasa yang melakukan kesalahan, tidak perlu menunggu lama akan dipenjarakan atau dihukum bunuh serta merta, sejurus hukuman dijatuhkan. Kalaupun mereka membuat rayuan ketika itu mereka sedang meringkuk dalam penjara. Macam Sirul dan Azilah sebelum ini.

Bagaimana pula dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya yang berhadapan dengan 49 pertuduhan rasuah.

Mahkamah Malaysia telah pun menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib dan dikenakan penjara 12 tahun serta denda 210 juta ringgit. Tetapi sehingga saat ini Najib masih bebas ke mana mana, termasuklah berhempas untuk memenangkan UMNO di pilihan raya negeri Johor.

Najib tahu sekiranya UMNO balik berkuasa penuh maka kesnya atau hukuman yang telah dijatuhkan akan ditarik balik.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑