Bukan Hanya Muhyiddin, Tun M Juga Tempat Zahid “Bersujud” Minta Dilepaskan (Video)

Baru baru Malaysian dikecohkan susulan pendedahan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan kegiatan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh Presiden UMNO.

Zahid yang tidak sedar diri bukan hanya lahir di Indonesia lalu diangkat sebagai pemimpin Melayu di Malaysia. Tapi sampai hati mencuri hak rakyat termasuklah hak Bumiputera.

Tengah Muhyiddin yang ketika itu berjawatan Perdana Menteri Malaysia berbincang dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi. Beliau didatangi Presiden UMNO, Zahid Hamidi bersama timbunan dokumen berkaitan skandal rasuahnya. Meminta dan merayu Muhyiddin supaya tuduhannya di Mahkamah di tarik balik.

Namun Muhyiddin enggan bersubahat kerana percaya pada prinsip sekiranya Zahid Hamidi tidak bersalah pasti para hakim akan membebaskannya. (Namun ternyata Zahid Hamidi bersalah, diminta membela diri atas semua pertuduhan ke atas dana Yayasan Akal Budi dan penggubalan wang haram)

Sejak dari itu sikap kepimpinan UMNO mulia serong menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Nah terbaru Tun Dr Mahathir tampil membuat pendedahan mengenai perkara yang sama.

Apa pula kata macai UMNO dalam hal ini? Semuanya bohong yang tidak membohong pemimpin UMNO yang terang terang kantoi di Mahkamah?


Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau pernah didatangi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang ingin meminta bantuan untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan rasuah di mahkamah.

“Dia datang ke rumah saya bersama dua tiga orang lagi dan dia cuba nak berbaik-baik dengan saya pada masa itu.

“Tetapi saya dah tahu masalah Zahid ialah dia ada kemungkinan dia akan ditahan pasal kes jenayah yang dilakukan olehnya,” kata bekas perdana menteri itu pada sidang media majlis Pelancaran Aspirasi Johor Parti Pejuang, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan Zahid bertemunya bagi meminta bantuan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah di mahkamah.

Bagaimanapun Zahid menafikan dakwaan itu dan mencabar Muhyiddin untuk melakukan sumpah laknat.

MalaysiaNow

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: