Pemuda UMNO Lapor Polis Setelah Muhyiddin Dedah Ekonomi Malaysia Yang Kian Memburuk

Pemuda UMNO Parit Sulong membuat laporan Polis ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ada autoriti mendedahkan atau melaporkan perkembangan ekonomi semasa negara pada rakyat jelata.

Sebelum ini mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam satu kempen politik di negeri Johor, mendedahkan ekonomi Malaysia yang kian memburuk sejak pemerintahan diambil oleh UMNO. Buruk berbanding negara negara jiran seperti Indonesia dan lain lain.

Pendedahan dibuat berdasarkan laporan yang beliau terima dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun pendedahan itu tidak disukai oleh laskar UMNO berkenaan. Alasannya kerana konon laporan kedudukan Kewangan negara hanya boleh diketahui oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu sendiri.

Inilah masalahnya UMNO mereka ingat negara ini milik mereka. Seolah-olah hanya mereka yang tinggal di Malaysia dan hanya mereka yang menjalani kehidupan.

Lupalah tu UMNO tumbang pada pilihanraya umum yang lalu kerana rasuah.

Sebagai rakyat sewajarnya berhak mengetahui perkembangan ekonomi negara tapi dinafikan oleh UMNO. Kenapa dinafikan? takut rakyat memberontak kah?

Pendedahan yang menguntungkan rakyat pun pun dinafikan maka tidak hairanlah kenapa pemimpin UMON yang kantoi mencuri dibela setengah mati, walaupun Mahkamah telah mendapati mereka bersalah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Pengerusi MPN.

“Sebagai pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu perdana menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-Covid-19.

“Malahan, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah saya sebut berulang kali kepada kabinet dan sesiapa sahaja orang awam.

“Saya tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan saya dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.


Kesiannya bangkai bangkai UMNO ni. Bangkai parti yang sanggup bersekongkol dengan kejahatan yang jelas nyata. Tapi tindakan yang terpuji sebenarnya oleh itu wajar dicontohi penyokong parti lain, tutup mata berikan sokongan yang tidak ada taranya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: