Parti KDM Lulus dan Pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Rasmi sudah bekas Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthonyt kini mengetuai parti sendiri, parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Pandai juga Peter Anthony memilih nama partinya, orang kata dua dalam satu. Selama ini bila kita sebut KDM automatically membawa nama Kadazan, Dusun, Murut.

Parti KDM ini akan berkerjasama penuh atau menjadi gabungan GRS di SABAH yang diketuai Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor juga Ketua PPBM Sabah.

Nah jelas sudah kamu ahh. Semoga selepas ini tidak timbul lagi teka teki, ke mana Peter Anthony membawa halatuju politik politiknya.

Parti KDM adalah kompenan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kalau di Sarawak parti ini akan bergabung dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ada kemungkinannya parti ini diterima oleh penyokong Warisan yang pro Peter Anthony.

Pun begitu tidak boleh pula kelak mesra dengan UMNO nanti tidak pasal pasal ibarat menyiram air di atas daun keladi. Penat lelah berakhir dengan kekalahan yang memalukan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading