Kalau di Sarawak gabungan parti yang memerintah dipanggil Gabungan Parti Sarawak atau GPS manakala di Sabah dipanggil sebagai Gabungan Rakyat Sabah atau GRS.
Alhamdulillah dua negeri yang terletak di Borneo kini bekerjasama erat. Ini baru ngam antara dua bangsa yang ada jati diri, Sabahan dan Sarawakian.
Rakyat Sarawak terkenal gara gara menolak kehadiran UMNO di negeri mereka. Begitu juga dengan rakyat Sabah, sikit hari lagi akan mengikut langkah yang sama.



Mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sempena lawatan rasmi sulung saya ke Sarawak sebentar tadi di Wisma Bapa Malaysia (WBM), Petra Jaya, Kuching Sarawak.
Kami telah membincangkan banyak perkara bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada dengan Sarawak sekali gus meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan wilayah dalam Persekutuan Malaysia. Tambahan pula, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, sejarah dan perjuangan.
Oleh itu, terdapat banyak sinergi untuk dimanfaatkan untuk kebaikan kita bersama.Kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memastikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak terpelihara selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari atas kejayaan mendapatkan mandat yang jelas untuk menerajui kerajaan.
Terima kasih YAB Ketua Menteri Sarawak di atas kesudian bertemu saya pada hari ini. Sehingga bertemu lagi.
Turut mengiringi, YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri l, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri ll, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri lll, YB Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah serta YB Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Tinggalkan Jawapan