Jika Benar Zahid Hamidi Disingkirkan Maka Bung Tersungkur

Ada benarnya saranan bekas ketua hakim negara Abdul Hamid. Dua pemimpin ini harus disingkirkan jika ingin melihat UMNO relevan di mata anak muda terutamanya Zahid Hamidi memandangkan sedang menyandang jawatan Presiden UMNO.

Kalau Najib tu kira diluar sudah, cuma masalahnya dia sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan telah pun dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dalam skandal SRC yang wajib dilaluinya.

Pergolakan yang bakal terjadi ini pasti akan meleret hingga ke Sabah.

Hakikatnya rata rata pemimpin UMNO dari pantai barat Sabah tidak meminati kepimpinan Bung Mokhtar. Atas sebab utama selain skandal rasuah yang dihadapinya.

Bung ni sangat baru dalam kepimpinan negeri Sabah khususnya dalam politik UMNO, bolehlah dikatakan tidak berpengaruh. UMNO dibawah Bung Mokhtar juga diketahui tidak terlibat dalam proses menjatuhkan kerajaan Warisan, inilah buktinya Bung tidak ada pengaruh dan tidak diperlukan.

Ertinya jika berlaku pemilihan UMNO, Bung Mokhtar akan ikut jatuh bersama Zahid Hamidi dan akan digantikan oleh PM Ismail Sabri dan Tok Mat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Di Sabah kamu fikirlah sendiri siapa yang bakal menggantikan Bung, yang pasti bukan dari pantai timur Sabah,

Ertinya wakil wakil rakyat yang dicalonkan oleh Bung Mokhtar turut terkesan apa lagi jika mereka memilih Zahid dan Bung sebagai calon mereka dalam pemilihan UMNO kelak.

Terkesan bermaksud tidak lagi dicalonkan, ibarat jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi, Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menggantikan mereka, jauhkanlah diri tu dari sekarang. Hehehe!


PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional (BN) jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi, kata bekas Ketua Hakim.

Abdul Hamid Mohamad berkata, jika Umno dan gabungan itu gagal menangani perkara berkenaan, ia boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah Johor.

Beliau berkata, perkataan seperti ‘rasuah’, ‘penyalahgunaan kuasa’ dan ‘integriti’ akan mempengaruhi pengundi muda.

Dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 6% daripada 2.5 juta pengundi di Johor, terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Hamid berkata, pembangkang akan menggunakan perkataan itu sebagai senjata untuk melawan Umno dan mudah mempengaruhi golongan muda.

“Umno tiada pilihan. Ia perlu hapuskan imej sebagai parti yang korup. Ia mesti ‘merehatkan’ pemimpin yang terlibat atau terbabit dengan rasuah. Najib dan Zahid mesti berundur,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ketika Mohamad Hasan memangku jawatan presiden parti pada Dis 2018, BN menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Zahid mengambil cuti bagi mengelak lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika itu.

Hamid berkata, beliau berasa lega dan mengharapkan ia tanda Umno sudah mula pulih.

Bagaimanapun enam bulan kemudian, Zahid kembali menerajui, manakala Najib dibawa masuk sebagai penasihat BN pada 2019.

“Saya melihat ini sebagai petanda Umno tidak akan berubah. Dan apa yang berlaku sejak itu sehingga hari ini, menunjukkan Umno menuju ke arah itu.”

Jelas Hamid, Najib dan Zahid dilihat mahu menggunakan Umno untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan di mahkamah manakala Ahli Majis Kerja Tertinggi (MKT) menuruti perancangan mereka.

Najib disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah pada Julai 2020 dengan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. Beliau sedang merayu kes itu.

Zahid baru-baru ini diarahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram

MSN News

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: