
Semalam rakyat Malaysia dikecohkan oleh satu entri dari Page Najib Razak berhubung keberadaan Tun Mahathir yang sedang sakit selepas menjalani rawatan susulan.
Begini ceritanya semalam page Najib Razak telah menulis satu entri berbunyi, selamat jalan?
Entri itu sempat di print screen oleh Pegawai Tun Mahathir yang menamakan dirinya sebagai Adam sebelum di padam atau di delete oleh Najib Razak.
Walaupun telah di padam tapi rakyat yakin dan percaya yang entri selamat jalan tu ditujukan pada Tun Dr Mahathir yang sedang sakit. Bermaksud Najib berharap Tun Mahathir akan pergi buat selamanya meninggalkan rakyat Malaysia dan Najib suka.
Jelas disini Najib Razak masih belum mampu membezakan mana politik mana kemanusiaan. Pokoknya kalbu Najib sudah cukup hitam legam mungkin akibat kekantoiannya dalam skandal 1MDB dan SRC.
Untuk lebih faham baca artikel admin dibawah.
Bagi menutup kehitaman kalbu Najib itu, Najib atau adminnya membuat satu entri yang cukup panjang. Kononnya print screen itu palsu atau di edit dan Najib tidak berjiwa kotor sebaliknya berjiwa besar seperti yang didakwa, dalam erti kata lain Najib masih mampu membezakan mana politik mana kemanusiaan.

Pemimpin kantoi maling ni ada ada saja alasannya.
Admin masih sukar untuk dilunakkan selagi pemimpin UMNO kantoi maling ini belum berjaya membuktikan dia tidak bersalah dalam perbicaraan skandal 1MDB dan SRC.
Kebenaran itu sentiasa memihak mereka yang bercakap benar, sekali lagi Najib Razak hampir dikantoikan, sikit lagi. Bila empunya diri iaitu Pegawai Tun Mahathir mencabar Najib Razak agar menunjukkan log aktiviti page Najib sebab hanya dari situ kita akan tahu ketulenan entri berkenaan apa ia benar wujud atau fitnah semata mata seperti penafian Najib.
Sebelum itu pun sudah ada individu tertentu yang menghantar screenshot yang sama sebagai bukti yang si Adam tidak membohong. Tapi itu tidak akan dapat menjawab teka teki ini. Maka dicabarlah si Najib.
“Najib kata screenshot post FB tu palsu Edited. Ramai juga yang bagi screenshot dorang juga mengatakan ia tak palsu. Senang je cara dia, Najib boleh buktikan kemukakan acivity log fb dia (walaupun dia boleh delete activity log itu) tapi admin Najib boleh je kemukakan bukti”
Jadi sekarang kita sebagai rakyat Malaysia yang menuntut kebenaran, turut mencabar Najib Razak agar tampil dan menunjukkan log atau aktiviti yang dimaksudkan. Cukuplah kau takut pada Rosmah, jangan pada cabaran ini, Najib oiii. Tolong Sahut!

Najib ni ibarat cerita seorang budak gembala dan serigala yang tidak mudah dipercayai selepas penipuannya sebelum itu. Seperti juga Najib apa yang tidak dibohongnya hata skandal SRC yang telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara pun tetap dia nafikan. Apa lagi setakat entri untuk tatapan pengikut totoknya.
Sebab itu jangan lagi mudah percaya pada retorik Najib. Kamu ingat entri yang nampak cerdik di pagenya itu dirinya yang buat kah?
Tapi kalau entri yang kontroversi ini rasanya Najib yang buat sebab nampak tunggang langgang. Hahaha!
Pun begitu kalau benar bukan Najib yang buat, kira ok lah tu, sekurang kurangnya masih ada titik putih dalam kalbunya. Walaupun masih berhadapan dengan skandal 1MDB dan SRC.
Tinggalkan Jawapan