Naib Presiden Warisan Peter Anthony Keluar Parti dan Sokong GRS (Bersatu)

Parti Warisan (Warisan) terus goyah, kali ini kalau tidak ditangisi dengan sesungguhnya oleh Presiden Warisan, nescaya Warisan akan berkecai sebelum menjelangnya pilihan raya umum yang ke 15.

Hari ini Naib Presiden Warisan Peter Anthony mengumumkan keluar dari Parti Warisan dan menyertai GRS atau lebih mudah difahami pro PPBM (Bersatu).

Mana mungkin pula UMNO menjadi pilihan Peter Anthony sedangkan parti ini adalah punching bag bagi mana mana calon atau parti yang bertanding di negeri Sabah.

Sebenarnya dari konteks Sabah hari ini apa lagi susulan beberapa keputusan pilihan raya negeri, khususnya Sarawak baru baru ini.

Tidak perlu satu satu wakil rakyat itu membuat alasan yang agak complicated ketika memberikan alasan kenapa mereka meninggalkan parti lama. Tapi nyatakan saja kami keluar untuk melawan UMNO habis habisan. Pasti alasan itu akan diterima oleh pengundi di kawasan mereka.

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu adalah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohamaddin dan Hassan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr. Yusof yang mengumumkan keluar Warisan pada 8 Oktober lalu masih kekal sebagai ADUN Bebas yang mesra kerajaan.

Kini Warisan memiliki 17 kerusi DUN dan blok pembangkang 27 kerusi manakala, blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN dilantik mempunyai 52 kerusi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: