
Hari ini mereka yang anti UMNO pun tahu Najib telah berucap di sidang kemuncak Ekonomi China Sedunia WCEF yang ke 11. Yalah kenapa tidak termaklum kalau sebelum hari persidangan Najib telah beriya iya memuat turun berita dia akan menghadirinya.
Pelikkan orang lain juga dijemput ke Majlis seperti itu tapi tidaklah terkinja kinja dan tampak terdesak menonjolkan diri supaya rakyat melupakan kesalahannya dan tidak serik menyokong UMNO.
Atitud rakyat miskin pujian tapi hakikatnya nol sudah berakhir kecuali penyokong maling UMNO agaknya. Oleh itu Najib jangan lagi ulangi, seperti mana slogan 1Malaysia sebelum ini. Last last tanggung sendiri, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Tapi itulah namanya UMNO tidak dilihat kuat kalau sikap dan percakapan mereka tidak flip flop atau bercakap terbalik. Justeru itu pandai pandailah kamu sebagai rakyat menilai pilih kasih dan pembohongan mereka.
Tidak dinafikan keberadaan Najib dalam persidangan itu telah mendapat persepsi positif atau paling tidak telah berjaya mencetuskan polemik bahwa kalau benar Najib seorang penjenayah tidak mungkin dia di jemput sekaligus dibenarkan berucap di majlis seperti itu.
Tapi sayang usaha laskar UMNO rentetan persidangan berkenaan telah terbatal dengan sendirinya. Bukannya hanya terbatal tapi telah menambah lagi beban yang ditanggung oleh Najib melalui skandal 1MDB dan SRC baru baru ini.
Bila mana pengasas atau founder sidang kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global (GCET) Lee Kim Yew membuat pendedahan yang dia bukannya penganjur Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) ke 11 yang dihadiri Najib pada hari kelmarin.
Lee Kim Yew adalah pengasas WCEF yang diasaskannya tahun lalu bersama Michael Yoh. Tahun ini nama WCEF telah ditukar kepada GCET.
Justeru hal inilah yang membuat Lee Kim Yew tidak berpuas hati dan membuat pendedahan yang memalukan ini.
“Saya mendapat tahu penganjur acara pada 27 Dis menggunakan nama WCEF dan beberapa gambar kami di China yang diambil dua tahun lalu serta menamakannya WCEF ke-11. Ini pasti mengundang kekeliruan,” katanya.
Lee berkata, penganjur sidang kemuncak hari ini sepatutnya tidak menamakan acara itu WCEF ke-11, dan beliau turut mengkritik penganjur kerana mempelawa Najib berucap.
“Mereka menjemput bekas Perdana Menteri, yang disabit bersalah dan sedang menunggu keputusan rayuan, ke forum itu. Namun, saya ingin menjelaskan pendirian saya – kita perlu menghormati badan kehakiman dan mendukung kedaulatan undang-undang di Malaysia.
“Membabitkan beliau dalam WCEF ‘baharu’ ini sangat memalukan bagi saya, apabila ditanya rakan sama ada saya menjemput bekas Perdana Menteri itu merasmikan WCEF ke-11.”
Semalam, GCET membuat kenyataan bahwa organisasi itu tiada kaitan dengan WCEF yang dihadiri Najib ini. Dalam erti kata lain majlis WCEF kali adalah tidak sah atau olok olok.