Mangsa banjir di Pahang dan Selangor, baru baru ini. Benar benar marah pada Kerajaan Keluarga Malaysia aka Keluarga UMNO.
Ada yang mendakwa kalau beginilah lemahnya kerajaan yang diketuai oleh UMNO di dalam menjaga keharmonian rakyat, maka lebih baik negara ini ditadbir sendiri oleh rakyat. (lebih kurang begitulah)
Selebihnya dengarkan sendiri omelan rakyat atau mangsa banjir ke atas kerajaan ini.
Kalau kita amati seolah olah kemarahan rakyat ini adalah kifarah atau karma pada UMNO. Sekaligus membuktikan kerajaan yang diketuai oleh Bersatu sebelum ini bukannya kerajaan gagal, sebaliknya yang terbukti gagal ialah kerajaan yang diketuai oleh UMNO.
Semasa era kerajaan Perikatan Nasional, pemimpin dan penyokong UMNO giat menyebarkan propaganda kononnya kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal. Sedangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah memikul tanggungjawabnya dengan cukup baik terutamanya di dalam menangani penularan Covid 19.
Walaupun Malaysia waktu itu berhadapan dengan ancaman Covid 19 tetapi segala bantuan tetap disampaikan pada lapisan rakyat. Begitu juga bantuan dalam bentuk intensif kewangan diperkenalkan demi untuk mengurangkan beban rakyat.
Kalau ada kejadian bunuh diri kerana tekanan hidup maka yang disalahkan ialah kerajaan Perikatan Nasional.
Kalau laporan harian jangkitan Covid 19 menunjukkan peningkatan kes maka yang sengaja dipersalahkan ialah kerajaan Perikatan Nasional.
Kalau kerajaan menguatkuasakan peraturan maka yang juga sengaja dipersalahkan ialah Perikatan Nasional. Sedangkan peraturan itu untuk kebaikan rakyat, namun sengaja disembunyikan oleh jentera pembangkang dan penyokong UMNO pro kluster Mahkamah. Biar rakyat percaya yang Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal.
Sekarang apa cerita, hari ini rakyat sendiri yang mendakwa kerajaan Keluarga Malaysia adalah kerajaan gagal.